The post Malaysia Airlines Lancar Perlindungan MHinsure Travel Takaful appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>MHinsure Travel Takaful adalah produk perlindungan perjalanan yang pertama yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan. Pelanggan Malaysia Airlines kini diberi kemudahan membeli perlindungan ini ketika membuat pembelian tiket kapalterbang.
“Pada masa ini terdapat permintaan tinggi untuk produk perlindungan Takaful dari pelancong antarabangsa, jadi kami teruja untuk melancarkan produk komprehensif yang mematuhi Syariah,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail.
“Produk terbaharu ini bukan saja ditawarkan kepada pelanggan Islam tetapi juga kepada semua pelanggan kami tanpa mengira agama untuk perlindungan perjalanan Takaful komprehensif dengan perkhidmatan bantuan yang cemerlang.
“Takaful MHinsure akan menawarkan manfaat yang sama kepada produk insurans perjalanan tradisional dengan dua faedah tambahan untuk Badal Haji dan Ihsarr,” sambung beliau.
Untuk maklumat lanjut tentang MHinsure Travel Takaful sila layari www.malaysiaairlines.com.
The post Malaysia Airlines Lancar Perlindungan MHinsure Travel Takaful appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>