The post SIP Membantu Individu Kehilangan Pekerjaan dan Penganggur appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Antara perkhidmatan Skim Insurans Pekerjaan adalah bantuan kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan serta bantuan dalam carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan.
“SIP menyediakan kaunseling kerjaya, kaunseling pekerjaan, pencarian kerja, pemadanan kerja, penempatan pekerjaan melalui pendekatan pengurusan kes dan rujukan latihan untuk latihan, latihan semula, peningkatan kemahiran, melatih semula dan sebagainya.”
Antara elaun yang disediakan oleh skim ini adalah:
Caruman SIP yang bermula pada Januari 2018 adalah pada kadar 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja yang dihadkan sehingga jumlah gaji RM4,000. Ini bererti jumlah potongan gaji bagi skim ini adalah di antara 5 sen sehingga RM7.90 bagi gaji RM4,000 dan ke atas. Tuntutan skim ini boleh dibuat bermula tahun hadapan.
The post SIP Membantu Individu Kehilangan Pekerjaan dan Penganggur appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Pembelian Insurans Lebih Mudah Dengan “Click for Cover” appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>“Pelancaran pelan strategi digital pada hari ini menandakan komitmen kami ke arah merevolusikan cara kami untuk memperluaskan perniagaan dengan mentransformasikan jualan dan operasi secara digital,” kata Dato’ Seri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia.
“Dengan memanfaatkan perkakasan digital dan teknologi dalam menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan, kami akan mengembirakan pelanggan kami dengan pengalaman pengguna yang lebih baik, produk perlindungan yang dipertingkatkan serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi,” tambah beliau lagi.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, merasmikan majlis pelancaran tersebut yang juga turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dengan Fusionex International, peneraju pasaran dalam teknologi data, analitik dan Artificial Intelligence, dan ReMark International, sebuah syarikat pakar pemasaran digital. Kolaborasi kerjasama bersama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam (BIMB) juga ditandatangani untuk memperkenalkan produk Takaful dalam talian kepada pendeposit LTH dan pelanggan BIMB.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, “Pelancaran strategi digital Takaful Malaysia pada hari ini adalah sejajar dengan strategi digital keseluruhan yang digariskan oleh Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital.”
Dato’ Seri Hassan Kamil merumuskan, “Kami akan memanfaatkan kos transaksi yang lebih rendah daripada saluran jualan dalam talian, untuk memberi harga yang lebih baik serta produk yang lebih mudah diakses ke pasaran secara keseluruhannya.”
Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Finance Minister II, berucap sempena pelancaran Click for Cover.
Untuk maklumat lanjut mengenai Click for Cover, layari https://online.takaful-malaysia.com.my.
The post Pembelian Insurans Lebih Mudah Dengan “Click for Cover” appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Industri Hayat Malaysia Terus Meningkat appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Industri hayat negara bagi tahun 2017 telah menyaksikan peningkatan sebanyak 6% bagi sekemua jumlah gabungan polisi insurans kepada RM1.38 trilion berbanding RM1.3 trilion pada tahun sebelumnya. Ini satu tanda peningkatan kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan perlindungan hayat.
Menurut Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), jumlah premium untuk perniagaan baru bertambah 3.8% dari tahun ke tahun kepada RM10.11 trilion pada 2017 berbanding RM9.74 trilion sebelum ini.
Menrurut LIAM lagi, industri insurans hayat juga mencatatkan peningkatan tuntutan sebanyak 5.3% kepada RM10.1 bilion daripada RM9.7 bilion. Sebahagian besar daripada peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan kematian dan tuntutan hilang upaya.
Walaupun jumlah jaminan insurans per kapita naik pada tahun 2017 kepada RM42,992 daripada RM41,055 pada 2016, nilai ini masih jauh di bawah jumlah yang diperlukan untuk menyokong anggota keluarga sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya di kalangan ketua keluarga.
“Berdasarkan Kajian Insurans Terkurang di Malaysia yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan LIAM pada 2013, jurang purata kematian bagi setiap anggota keluarga adalah kira-kira RM100, 000 hingga RM150,000”, katanya.
The post Industri Hayat Malaysia Terus Meningkat appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post KWSP Dalam Rundingan Beli Saham Great Eastern Holdings appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Memetik sumber nilai perjanjian tersebut mungkin mencecah AS$1 bilion (RM3.9 bilion).
Rancangan ini sejajar dengan arahan Bank Negara Malaysia yang mengkehendaki semua syarikat insurans yang beroperasi di negara ini sekurang-kurangnya dimiliki sebahagiannya oleh syarikat tempatan. Semua syarikat insurans diberi sehingga bulan Jun tahun ini untuk memenuhi arahan ini.
Menurut sumber lagi, rundingan masih di peringkat awal tanpa kepastian urusniaga dan Great Eastern mempunyai pilihan untuk menyenaraikan unit insuransnya di Malaysia sekiranya rundingan bersama KWSP tidak membuahkan hasil.
Susulan arahan BNM yang dikeluarkan pada April 2016, Tokio Marine Jepun dan Great Eastern merupakan antara syarikat insurans yang dilaporkan telah melantik bank-bank pelaburan bagi mendapatkan nasihat mengenai penjualan 30% saham ekuiti kepada pembeli tempatan.
The post KWSP Dalam Rundingan Beli Saham Great Eastern Holdings appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>