The post Pelan Perlindungan Mampu Milik Takaful Amani Plus Serendah RM0.25 Sehari appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) juga tidak ketinggalan. Syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) itu baru-baru ini melancarkan pelan perlindungan Takaful Amani Plus yang menyediakan perlindungan komprehensif yang boleh didapati dengan sumbangan serendah RM0.25 sehari atau RM 90 setahun.
Pelan Takaful Amani Plus antara lain menawarkan jaminan kewangan terhadap kematian, hilang upaya semula jadi dan kerugian akibat kemalangan diri untuk pelanggan Bank Rakyat.
Menurut Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid, pelan ini adalah produk yang ditambah baik daripada pelan perlindungan Takaful Amani yang dilancarkan pada tahun 2010 dengan penyertaan hampir 800,000 daripada pelanggan Bank Rakyat.
“Pelan yang ditaja jamin Takaful Ikhlas ini menawarkan manfaat sehingga RM30,000 bagi kerugian akibat kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat semula jadi di samping manfaat hingga RM150,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan.”
“Pelanggan Bank Rakyat boleh mendapatkan pelan ini dengan sumbangan serendah RM90 setahun atau bersamaan RM0.25 sehari selain menawarkan tiga pilihan pelan perlindungan komprehensif dengan manfaat berbeza,” katanya.
The post Pelan Perlindungan Mampu Milik Takaful Amani Plus Serendah RM0.25 Sehari appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>