takaful kenderaan Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/takaful-kenderaan/ Finding the Best Insurance Thu, 15 Nov 2018 08:05:23 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 takaful kenderaan Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/takaful-kenderaan/ 32 32 234803146 Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/#respond Thu, 15 Nov 2018 08:01:20 +0000 https://ibanding.com.my/?p=42549 The post Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Kami telah melancarkan kaji selidik tahunan bagi mengenalpasti Syarikat Insurans dan Takaful Terbaik Malaysa 2018/19. Dalam masa 4 bulan ini pemandu-pemandu di negara ini boleh mengisi kaji selidik untuk berkongsi pengalaman mereka semasa bersama syarikat insurans mereka. Setiap minggu, kami menghadiahkan wang tunai manakala di akhir kempen kaji selidik ini, sebuah Smartphone akan dihadiahkan kepada seorang peserta bertuah. Tertakluk kepada terma & syarat.

Apakah kepentingan Kaji Selidik Insurans Motor kepada Pengguna?

Malaysia mempunyai lebih daripada 20 syarikat insurans takaful motor yang masing-masing mengenakan harga dan kualiti perkhidmatan yang berbeza. Sama seperti hotel di mana sesetengah hotel adalah lebih mahal, tetapi menyediakan perkhidmatan 5 bintang. Manakala sesetengah hotel pula mengenakan harga yang lebih rendah, tetapi memberikan perkhidmatan yang tidak setaraf hotel 5 bintang. Melalui kaji selidik ini, model analisa bebas kami akan mengenalpasti syarikat insurans dan takaful motor yang menyediakan perkhidmatan 5 bintang kepada pelanggan.

Tahun ini anda boleh memenangi wang tunai mingguan serta hadiah utama, sama ada sebuah iPhone 8 atau Samsung S9 – anda boleh memilih!

Layari halaman kami untuk menyemak pemenang-pemenang tahun-tahun lepas. 

Kaji Selidik Tahunan Insurans Motor ke-4

Tahun ini merupakan tahun keempat kami di iBanding menjalankan Kaji Selidik Insurans Motor. Tahun lepas telah menyaksikan Etiqa Takaful dan Takaful Malaysia memenangi Anugerah bagi Syarikat Takaful Terbaik. Manakala Etiqa pula memenangi Anugerah Insurans Kereta Terbaik untuk insurans konvensional.

2018-Best-car-Insurance-Company-in-Malaysia

Bagaimanakah penarafan syarikat melalui anugerah ini berbeza daripada anugerah-anugerah lain?

Penarafan dan anugerah ini berdasarkan maklum balas sebenar dari ribuan rakyat Malaysia yang memiliki dan melanggan insurans motor yang sah. Ini adalah amat penting kerana hanya melalui pengalaman peribadi bersama sesebuah syarikat insurans dapat pengguna berkongsi pendapat mereka terhadap syarikat tersebut. Kaji selidik ini bukan suatu pertandingan populariti, di mana syarikat terbaik dipilih melalui jumlah undian. Soalan-soalan yang ditanyakan telahpun terbukti kesaintifikan mereka, di mana maklum balas pengguna sebenar yang akan menentukan menarafkan syarikat-syarikat insurans yang terdapat di negara ini.

Kelebihan Penarafan Syarikat Insurans dan Takaful iBanding

  • Penarafan berdasarkan pengalaman pelanggan, bukan undian populariti
  • Pemenang dipilih oleh model statistik bebas, bukan dari panel hakim berbayar
  • Tinjauan tidak ditaja oleh mana-mana syarikat insurans

Cara penyertaan

Langkah 1:
Isikan borang kaji selidik

Klik pautan di bawah sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu untuk dapatkan borang kaji selidik. Terdapat 10-15 soalan di dalam borang yang hanya akan mengambil masa kurang 5 minit.

Langkah 2:
Sahkan alamat emel anda

Setelah menghantarkan borang kaji selidik, anda akan menerima emel daripada iBanding untuk pengesahan anda. Langkah ini perlu agar kami dapat pastikan emel adalah sah dan anda boleh dihubungi.

Langkah 3:
Kongsi untuk gandakan peluang kemenangan

Anda akan menerima URL bertuah individu yang boleh anda kongsi dengan rakan anda untuk gandakan peluang kemenangan anda. Setiap kali rakan anda menjawab kaji selidik melalui URL bertuah anda, anda akan menerima 3 tiket tambahan bagi cabutan bertuah hadiah utama.

Sertai pencarian Syarikat Insurans Terbaik di Malaysia

Tinggalkan soalan jika ada di bahagian komen di bawah.

The post Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/feed/ 0 42549
Bayaran Tuntutan Dalam Masa 30 Minit – Perkhidmatan Baru e-Cleva oleh Etiqa https://ibanding.com.my/bayaran-tuntutan-dalam-masa-30-minit-perkhidmatan-baru-e-cleva-oleh-etiqa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayaran-tuntutan-dalam-masa-30-minit-perkhidmatan-baru-e-cleva-oleh-etiqa https://ibanding.com.my/bayaran-tuntutan-dalam-masa-30-minit-perkhidmatan-baru-e-cleva-oleh-etiqa/#respond Tue, 07 Aug 2018 00:30:22 +0000 https://ibanding.com.my/?p=41137 Satu lagi kemudahan yang dibawakan oleh perkembangan teknologi masa kini. Pelanggan insurans dan takaful kenderaan Etiqa kini boleh menikmati proses tuntutan yang lebih pantas dengan kelulusan dalam masa 30 minit. Perkhidmatan terbaharu daripada Etiqa ini adalah perkhidmatan Bantuan Video Tuntutan Etiqa (E-Cleva) yang membolehkan proses tuntutan dilakukan melalui panggilan audio video. Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurance...

The post Bayaran Tuntutan Dalam Masa 30 Minit – Perkhidmatan Baru e-Cleva oleh Etiqa appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Satu lagi kemudahan yang dibawakan oleh perkembangan teknologi masa kini. Pelanggan insurans dan takaful kenderaan Etiqa kini boleh menikmati proses tuntutan yang lebih pantas dengan kelulusan dalam masa 30 minit.

Perkhidmatan terbaharu daripada Etiqa ini adalah perkhidmatan Bantuan Video Tuntutan Etiqa (E-Cleva) yang membolehkan proses tuntutan dilakukan melalui panggilan audio video.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurance & Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, pelanggan yang mengalami sebarang kerosakan sama ada pada cermin kereta atau kereta itu sendiri, ianya boleh dinilai dan diluluskan oleh pihak Etiqa dalam masa kurang 30 minit. Kemudiannya, pembayaran akan terus dibuat kepada pelanggan yang membuat tuntutan.

Menurut beliau, “Ini membolehkan pembuat tuntutan mengambil gambar atau merekodkan video bagi memberi gambaran jelas tentang kerosakan kepada perunding kami.

“Sistem E-Cleva ini merupakan satu daripada contoh komitmen berterusan Etiqa bagi menawarkan pengalaman yang mudah dan pantas kepada pelanggan kami.

“Kebiasaannya pihak yang membuat tuntutan sering berhadapan dengan masalah untuk memandu kenderaan mereka ke bengkel atau mengatur temu janji dengan pegawai penilai bagi menilai kerosakan terhadap harta benda dan rumah. Tetapi dengan perkhidmatan ini pelanggan tidak perlu risau kerana pembayaran akan dibuat serta merta,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai e-Cleva, tonton video di bawah.

 

 

The post Bayaran Tuntutan Dalam Masa 30 Minit – Perkhidmatan Baru e-Cleva oleh Etiqa appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/bayaran-tuntutan-dalam-masa-30-minit-perkhidmatan-baru-e-cleva-oleh-etiqa/feed/ 0 41137
Kemalangan Semasa Lesen Tamat Tempoh. Boleh Tuntutan Takaful? https://ibanding.com.my/kemalangan-semasa-lesen-tamat-tempoh-boleh-tuntutan-takaful/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemalangan-semasa-lesen-tamat-tempoh-boleh-tuntutan-takaful https://ibanding.com.my/kemalangan-semasa-lesen-tamat-tempoh-boleh-tuntutan-takaful/#comments Wed, 17 Jan 2018 01:00:49 +0000 https://ibanding.com.my/?p=36363 OK sebelum kita menjawab soalan tajuk artikel kali ini, biarlah kita ingatkan diri kita bahawa memandu tanpa lesen adalah kesalahan yang tidak sepatutnya diambil mudah. Malangnya sesetengah daripada kita sebagai pemandu tidak memandang serius perkara ini. Ramai yang menganggap kebolehan memandu saja sudah cukup bagi seseorang untuk memandu kereta di jalanraya. Dengan pemikiran sebegini, ada...

The post Kemalangan Semasa Lesen Tamat Tempoh. Boleh Tuntutan Takaful? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
OK sebelum kita menjawab soalan tajuk artikel kali ini, biarlah kita ingatkan diri kita bahawa memandu tanpa lesen adalah kesalahan yang tidak sepatutnya diambil mudah. Malangnya sesetengah daripada kita sebagai pemandu tidak memandang serius perkara ini.

Ramai yang menganggap kebolehan memandu saja sudah cukup bagi seseorang untuk memandu kereta di jalanraya. Dengan pemikiran sebegini, ada juga ibu bapa yang membenarkan anak-anak remaja mereka memandu kereta mereka walaupun masih belum memiliki lesen yang sah.

Malah setiap kali pihak polis dan JPJ mengadakan operasi, kesalahan tertinggi yang didapati ialah kesalahan memandu tanpa lesen. Dalam tahun 2014 dan 2015 sahaja, lebih 630,000 pemandu dan penunggang motosikal yang dikenakan saman kerana kesalahan tersebut. Kesalahan ini juga adalah antara penyebab utama kadar kemalangan jalanraya yang tinggi setiap tahun.

 

Akibat memandu tanpa lesen

Di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, jika anda ditahan ketika memandu tanpa lesen, anda akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Tetapi semenjak tahun 2016, pesalahan tidak sekadar dikenakan saman dan kompuan, malah akan diheret terus ke mahkamah.

Pesalah-pesalah juga boleh didakwa di bawah Seksyen 90 jika didapati tidak memiliki perlindungan insurans atau takaful kenderaan yang sah. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Di bawah undang-undang yang sama, pihak berkuasa juga akan terus merampas kenderaan yang dipandui. Pemilik sebenar kenderaan akan dipanggil untuk memungut semula yang dirampas. Pemilik juga akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 kerana membenarkan pemandu tanpa lesen sah memandu kenderaan milik mereka.

Ini adalah tindakan drastik yang diambil pihak berkuasa dalam menangani isu peningkatan kesalahan memandu tanpa lesen dan juga untuk membendung kadar kemalangan jalanraya.

Memang diakui, kadang-kadang kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan, termasuklah lupa tentang tarikh luput lesen memandu kita. Jadi apa akan terjadi sekiranya kita terlibat dalam kemalangan ketika lesen kita sudah tamat tempoh?

 

Kemalangan tanpa lesen kereta. Bolehkan saya buat tuntutan takaful?

2 senario yang kita akan perhatikan:

1. Lesen tamat tempoh (lesen mati)

Jika anda adalah pemandu yang berlesen tetapi berkemalangan ketika lesen sudah tamat tarikh, tuntutan takaful anda tidak akan ditolak oleh pengendali takaful. Cuma pastikan takaful atau insurans adalah sah. Fuh lega!

Ini adalah kerana anda masih memiliki lesen memandu yang sah dari segi undang-undang. Anda cuma ‘terlupa’ untuk memperbaharui (renew) lesen anda.

Akan tetapi, anda masih boleh dikenakan kompaun kerana memandu dengan lesen yang telah tamat tempoh. Kompaun yang dikenakan adalah mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan denda maksimum RM300. Lihat risalah dibawah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya Malaysia.

lesen tamat tempoh

 

2. Memang tiada langsung lesen memandu

Lain pula dengan senario di atas, ini kes sekiranya pemandu memang langsung tidak memiliki lesen memandu.

Bagi pemandu ini, sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan jalanraya, tuntutan takaful atau insurans tidak akan dilayan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful. Samalah kes jika mereka memiliki lesen hanya bagi menunggang motosikal, tetapi semasa kemalangan mereka memandu kereta.

Jadi jika anda membiarkan kereta atau motosikal anda dipandu oleh seseorang yang tidak memiliki lesen, jika kenderaan anda remuk dipandu atau ditunggangnya, anda tidak akan dapat membuat tuntutan terhadap kerosakan kenderaan anda. Terpaksalah anda membayar sendiri segala kos membaiki kereta anda.

Bagaimana syarikat insurans atau pengendali takaful dapat mengesan kes ini? Mudah. Untuk membuat tuntutan, salah satu dokumen yang diperlukan syarikat insurans atau pengendali takaful adalah salinan lesen memandu anda!

Maka berhati-hatilah ketika meminjam kenderaan kepada orang lain!

 

Masih keliru?

Jika anda masih mempunyai pertanyaan atau kemusykilan tentang perkara berkaitan lesen memandu dan tuntutan insurans, tujukannya ke forum insurans iBanding di sini. Pakar industri yang terdiri daripada ejen-ejen takaful dan insurans dapat membantu menjawab pertanyaan anda.

forum insurans

 

Jangan lupa share artikel ini setelah membaca, dan Like kami di laman Facebook kami untuk mendapatkan artikel-artikel terbaru setiap minggu!

Jika anda sedang mencari ejen insurans yang berpengalaman, dapatkan dari direktori ejen di sini.

The post Kemalangan Semasa Lesen Tamat Tempoh. Boleh Tuntutan Takaful? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/kemalangan-semasa-lesen-tamat-tempoh-boleh-tuntutan-takaful/feed/ 16 36363
Panduan Kemalangan: Apa Perlu Anda Lakukan Ketika Kemalangan – Di Tempat Kejadian https://ibanding.com.my/panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian https://ibanding.com.my/panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian/#respond Wed, 27 Dec 2017 00:30:54 +0000 https://ibanding.com.my/?p=33829 Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi ini, langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kemalangan jalanraya mungkin dianggap mudah. Namun hakitkatnya, ia sebenarnya tidak sebegitu mudah. Ini adalah situasi dan keadaan yang berbeza-beza dari satu kejadian kepada yang lain. Dan walaupun anda mungkin fikir anda tahu apa yang perlu dilakukan sekarang, apabila menghadapi masalah...

The post Panduan Kemalangan: Apa Perlu Anda Lakukan Ketika Kemalangan – Di Tempat Kejadian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi ini, langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kemalangan jalanraya mungkin dianggap mudah. Namun hakitkatnya, ia sebenarnya tidak sebegitu mudah.

Ini adalah situasi dan keadaan yang berbeza-beza dari satu kejadian kepada yang lain. Dan walaupun anda mungkin fikir anda tahu apa yang perlu dilakukan sekarang, apabila menghadapi masalah sebenar, perkara mungkin menjadi agak berbeza.

Oleh itu, ianya penting bagi kita untuk memahami sepenuhnya langkah-langkah yang perlu diambil. Apa yang perlu anda lakukan di tempat kejadian? Bagaimana menghadapi pihak yang terlibat dan pengendali trak tunda di tempat kejadian? Apakah prosedur di balai polis dan cara memfailkan tuntutan insurans?

Untuk mencapai matlamat ini, kami di iBanding akan memecah seluruh prosedur ke dalam proses yang lebih ringkas supaya pembaca dapat memahami dengan lebih terperinci setiap langkah yang terlibat.

 

Bahagian 1: Apa yang perlu dilakukan di tempat kejadian

1. Tenangkan diri

Biasanya selepas kedengaran bunyi “bang”, reaksi pertama ialah PANIK! Tapi jangan. Anda perlu tenangkan diri dan kekal sopan sepanjang kejadian.

  • Kekal di dalam kereta jika anda dapati diri anda mula panik
  • Ambil beberapa nafas panjang dan dalam dan beritahu diri anda bahawa segalanya dalam keadaan terkawal
  • Apabila anda sudah bersedia (jangan terlalu lama), keluar dari kereta anda dan lihat sekeliling dan fahami apa yang berlaku
  • Anda mungkin akan didekati oleh pihak lain yang terlibat. Jangan panik, yakinkan diri
  • Jangan mengakui kesalahan (jika pun ianya memang kesalahan anda)
  • Elakkan dari membuat rundingan dengan pihak lain yang terlibat
  • Jangan bersetuju untuk menerima atau menawarkan penyelesaian, bincang terlebih dahulu dengan ejen insurans anda, syarikat insurans atau Pusat Bantuan Kemalangan (AACC) untuk mendapatkan nasihat
  • Jangan menandatangani apa-apa! Walaupun mereka mengatakan mereka dari syarikat insurans anda!

 

Cara untuk berurusan dengan pihak yang lain

Berurusan dengan pihak lain yang terlibat bukan perkara mudah. Anda tidak tahu apa yang diharapkan oleh mereka. Sesetengah orang tenang dan rasional. Sementara yang lain tidak begitu. Apapun keadaannya, ianya penting untuk kekal tenang. Bersikap sopan. Cuba elakkan pergaduhan, dan jangan pula mula menyalahkan orang lain.

Anda tidak perlu menjadi hakim dan memutuskan siapa yang salah dan siapa yang betul. Sekiranya anda mengetahui dengan pasti kemalangan itu adalah kesalahan anda, minta maaf, dan dengan tenang beritahu pihak yang terlibat bahawa anda akan membuat laporan polis dan yang terbaik adalah dia melakukan perkara yang sama.

INGAT! Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam dari kejadian!

 

Bagaimana jika pihak lain tidak bekerjasama dan melarikan diri?

Hubungi ejen insurans anda dan/ atau syarikat insurans anda dan dapatkan nasihat mereka mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya. Biasanya orang tidak akan melarikan diri dari tempat kejadian kecuali ianya jelas kesalahan mereka.

Jika anda berjaya mencatatkan nombor pendaftaran kereta mereka, anda akan dapat menuntut dari syarikat insurans mereka. Tapi proses kini menjadi  lebih sukar kerana mereka tidak bersedia untuk bekerjasama. Jadi dalam apa jua keadaan, pastikan bahawa anda dapatkan nombor pendaftaran kereta, dengan ini anda boleh memfailkan laporan polis. Syarikat insurans kereta anda akan mengendalikan kes itu dan ejen yang cekap dapat membantu anda.

 

2. Buat penilaian

Perhatikan tempat kejadian untuk memahami perkara berikut:

  • Apa sebenarnya yang telah berlaku?
  • Siapakah yang terlibat?
  • Berapa banyak kereta yang kemalangan?
  • Siapa yang langgar siapa?

Cuba juga untuk melihat sama ada sesiapa telah melakukan sebarang kesalahan trafik yang mungkin mengakibatkan kemalangan itu. Seperti memotong di kawasan double line, atau membuat pusingan-U yang menyalahi undang-undang.

 

3. Ambil maklumat dan keterangan

Kumpulkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh, tetapi beberapa perkara yang penting adalah seperti berikut:

  • Tarikh dan masa kejadian
  • Nama-nama pihak yang terlibat
  • Nombor IC mereka
  • Nombor telefon
  • Lesen memandu
  • Nombor pendaftaran kereta setiap pihak

Dengan hampir semua orang yang memiliki telefon bimbit pada hari ini, ianya mudah untuk mengambil gambar sebagai bukti. Ambil gambar yang diperlukan kemudian gerakkan kereta anda ke tepi jalan segera jika ia menghalang aliran lalu lintas.

Anda mungkin mahu mengambil gambar tempat kejadian, lokasi, kedudukan kereta dan maklumat berguna yang lain. Maklumat ini boleh digunakan sebagai bukti untuk menentukan siapa yang bersalah. Jadi anda perlu mengambil masa anda untuk melihat dengan tenang. Jangan gopoh.

 

4. Hubungi ejen insurans anda atau talian bantuan syarikat insurans

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin mahu hubungi ejen insurans atau syarikat insurans anda:

  • Anda mungkin masih berada dalam keadaan terkejut, bercakap dengan seseorang yang berada di pihak anda boleh membantu untuk menenangkan anda.
  • Terangkan apa yang telah berlaku dan dapatkan nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya.
  • Tanya ejen / syarikat insurans anda bagi perkhidmatan trak tunda panel untuk digunakan dan bengkel terdekat. Biasanya talian bantuan insurans anda akan dapat menghantar trak tunda ke tempat kejadian untuk membantu anda menunda kereta anda ke bengkel panel.

 

5. Trak tunda

Sekarang dengan tiba-tiba anda akan melihat trak-trak tunda di tempat kejadian, dan mereka pula cuba meyakinkan semua orang yang terlibat, termasuk anda, bahawa mereka boleh membawa kereta anda ke bengkel yang berdekatan. Sekali lagi, kekal tenang.

Di Malaysia ni, syarikat-syarikat trak tunda suka memaksa terutama mereka yang dalam keadaan terdesak setelah kemalangan. Dan di bandar-bandar seperti KL, mereka akan muncul di tempat kejadian dengan pantas. Tak memberi peluang kepada mangsa kemalangan untuk berfikir panjang.

Sering mangsa kemalangan ditipu oleh operator trak tunda yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang telah berkemalangan. Pernah menjadi kes di mana mereka bukan sahaja menipu wang mangsa sebanyak beribu-ribu ringgit tetapi juga mengancam nyawa mangsa.

Jadi anda perlu berhati-hati apabila berurusan dengan pengendali trak tunda ini. Pastikan anda tidak menjadi mangsa seterusnya. Sila baca artikel seterusnya tentang bagaimana menangani pengendali trak tunda dan apakah langkah seterusnya yang perlu anda ambil selepas kemalangan.

Good luck pembaca!

 

 

Jangan lupa untuk “Like ” laman Facebook kami untuk mendapatkan artikel terbaru kami setiap minggu!

The post Panduan Kemalangan: Apa Perlu Anda Lakukan Ketika Kemalangan – Di Tempat Kejadian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian/feed/ 0 33829