The post Jangan Biarkan Kelewatan Penerbangan Jejaskan Percutian Anda appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Tiada siapa yang memilih untuk duduk berjam-jam di lapangan kapalterbang, terutamanya atas sebab-sebab yang di luar kawalan diri, seperti kelewatan penerbangan. Banyak yang perlu difikirkan. Sempatkah lagi untuk menaiki penerbangan seterusnya? Atau bagaimana pula dengan ataurcara yang telah dijadualkan di destinasi? Mesyuarat penting yang perlu dihadiri, perkahwinan atau pengkebumian. Bagaimana teliti sekalipun kita telah merancang perjalanan kita, kelewatan penerbangan masih boleh merosakkan segala itinerari kita.
Walaupun tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kelewatan penerbangan, masih ada cara bagi kita mengurangkan kesannya. Jadi tidak kiralah sama ada anda frequent flyer yang kerap menggunakan kapalterbang ataupun hanya gunakkannya sekali sekala, ini beberapa tips buat anda.
1. Bersedia untuk hadapi kelewatan semasa membuat perancangan perjalanan. Elakkan dari menjadual atau menempah apa-apa aktiviti pada hari ketibaan anda di destinasi. Ini untuk pastikan anda tidak terlepas aktiviti menarik sekiranya anda alami kelewatan penerbangan, serta tiada kerugian wang ringgit kerana anda telah pun membayar tiket aktiviti tersebut.
2. Semasa menempah penerbangan yang perlu connecting flight atau penerbangan sambungan, pastikan masa di antara kedua-dua penerbangan itu tidak terlalu singkat. Ini untuk mengelakkan terlepas penerbangan sambungan sekirannya terdapat kelewatan oleh penerbangan sebelumnya.
3. Utamakan keselesaan. Jika merancang perjalanan ke negara yang berisiko mengalami cuaca tidak menentu seperti taufan dan salji, pastikan anda siapkan segala keperluan yang penting. Pakaian dan kasut selesa perlu dibawa di dalam bagasi tangan supaya anda mudah bertukar kepadanya sekiranya anda terpaksa menunggu berjam-jam di lapangan terbang akibat kelewatan. Juga tanyakan jika pihak syarikat penerbangan menyediakan lounge bagi mangsa yang terlibat.
4. Bawa snek dan minuman ringan dalam bagasi tangan sementara menunggu penerbangan diteruskan. Kita semua tahu, barangan yang dijual di lapangan terbang mahal-mahal belaka. Jadi bekalkan sedikit makanan di dalam bagasi tangan anda supaya tak perlu keluarkan kos tambahan untuk membeli makanan jika penerbangan lewat sehingga perut pun lapar.
5. Jangan abaikan insurans perjalanan kerana tanpa disedari ramai, insurans perjalanan memberikan pampasan ganti rugi sekiranya berlaku kelewatan perjalanan. Ramai yang kerugian akibat kelewatan penerbangan. Tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah sesetangah daripada kos kerugian boleh dituntut daripada syarikat insurans sekiranya memiliki insurans perjalanan. Kita akan huraikan dengan lanjut di sini.
Kelewatan penerbangan bukan sahaja menyusahkan tetapi juga akan menyebabkan kos tambahan.
Syarikat insurans am menyediakan insurans perjalanan yang boleh membantu anda sari segi kewangan sekiranya anda mengalami kelewatan penerbangan. Di antara liputan perlindungan adalah:
Apa yang hebat tentang insurans perjalanan ialah perlindungannya meliputi kelewatan penerbangan yang sememangnya sering berlaku. Bukan setakat kelewatan, malah ia juga boleh berlanjutan sehingga berjam-jam. Dalam kes sebegini, insurans perjalanan anda akan memberi pampasan terhadap kos tambahan akibat kelewatan ini. Seperti kos membeli makan minum ketika menunggu, atau penginapan di hotel lapangan terbang. Jadi anda tidak perlu bimbang akan kos berlebihan yang perlu ditanggung akibat sesuatu yang di luar kawalan dan kemahuan anda.
Kadang kala perjalanan kita ke lapangan terbang juga tidak dijangka. Banyak yang boleh berlaku yang boleh menyebabkan kita ketinggalan perlepasan. Tertinggal pasport di rumah setelah separuh jalan, atau kemalangan di jalanraya melambatkan perjalanan. Ini semua perkara biasa. Sesetengah pelan perjalanan yang ditawarkan syarikat insurans dan takaful memberi pampasan sejumlah wang sekiranya anda tertinggal perlepasa. Wang ini boleh digunakan untuk menukar jadual baru atau menginap di hotel sementara menunggu penerbangan baru.
Jika berlakunya kelewatan penerbangan, anda pastinya akan lewat sampai ke destinasi. Ini akan mengganggu itinerari seterusnya. Itinerari yang terganggu ini mungkin sesuatu yang telah pun anda tempah dan bayar kosnya, seperti tempahan feri atau keretapi untuk destinasi seterusnya. Bagi kes sebegini, pihak syarikat insurans akan memberi pampasan terhadap kerugian yang ditanggung.
Sebagai contoh, bagi pelan insurans perjalanan yang ditawarkan oleh Tokio Marine, pampasan sebanyak RM 250 akan diberikan sekiranya anda terpaksa menanggung kerugian akibat kelewatan masa ketibaan.
Kelewatan penerbangan memanglah tidak dijangka dan tidak pula diundang. Tetapi ianya tidak semestinya perlu dijadikan sesuatu pengalaman yang disesali. Pada kebiasaannya, insurans perjalanan ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, terutamanya jika dibandingkan dengan risiko tambahan kos sekiranya kelewatan penerbangan berlaku.
Kos tambahan yang ditanggung akibat kelewatan dibiayai syarikat insurans perjalanan. Anda tidak perlu runsing kerana terlebih belanja di kala percutian anda disebabkan oleh faktor-faktor seperti ini. Syarat dan terma serta harga pelan yang dikenakan oleh syarikat-syarikat insurans dan takaful mungkin berbeza-beza, maka wajarlah mengenalpasti keperluan sebelum membuat keputusan pelan yang diinginkan.
The post Jangan Biarkan Kelewatan Penerbangan Jejaskan Percutian Anda appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Malaysia Airlines Lancar Perlindungan MHinsure Travel Takaful appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>MHinsure Travel Takaful adalah produk perlindungan perjalanan yang pertama yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan. Pelanggan Malaysia Airlines kini diberi kemudahan membeli perlindungan ini ketika membuat pembelian tiket kapalterbang.
“Pada masa ini terdapat permintaan tinggi untuk produk perlindungan Takaful dari pelancong antarabangsa, jadi kami teruja untuk melancarkan produk komprehensif yang mematuhi Syariah,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail.
“Produk terbaharu ini bukan saja ditawarkan kepada pelanggan Islam tetapi juga kepada semua pelanggan kami tanpa mengira agama untuk perlindungan perjalanan Takaful komprehensif dengan perkhidmatan bantuan yang cemerlang.
“Takaful MHinsure akan menawarkan manfaat yang sama kepada produk insurans perjalanan tradisional dengan dua faedah tambahan untuk Badal Haji dan Ihsarr,” sambung beliau.
Untuk maklumat lanjut tentang MHinsure Travel Takaful sila layari www.malaysiaairlines.com.
The post Malaysia Airlines Lancar Perlindungan MHinsure Travel Takaful appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>