The post Grab dan Uber sah di sisi undang-undang appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Dengan terlaksananya rang undang-undang tersebut, operator perkhidmatan seperti Grab dan Uber serta pemandu-pemandu akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi negeri Sabah dan Sarawak.
“Syarat-syarat yang dikenakan kepada pemandu teksi pada waktu ini seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu akan turut dipatuhi oleh pemandu-pemandu perkhidmatan e-hailing,” kata Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kita mahu menguatkuasakan serta-merta tetapi kita perlu mengambil kira semua perkara untuk menyelaraskannya yang dianggarkan boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun,” katanya lagi.
The post Grab dan Uber sah di sisi undang-undang appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>