Takaful Keluarga Terbaik Insurans Terbaik di Malaysia

Anugerah Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia

2019

Takaful Keluarga Terbaik Insurans Terbaik di Malaysia. Pemenang telah dipilih secara bebas oleh lebih daripada 10,000 respons survei.

Adakah anda tertanya-tanya syarikat manakah yang menawarkan Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Terbaik di Malaysia? Berikut adalah pemenang-pemenang Anugerah Tahun 2019 daripada iBanding. Anugerah Insurans Hayat dan Takaful mula diwujudkan pada tahun 2019 dan ia merupakan anugerah bebas pertama di Asia yang berdasarkan maklumbalas sebenar pelanggan dan bukan berdasarkan juri atau undian populariti. Anugerah ini membantu rakyat Malaysia untuk membandingkan syarikat-syarikat insurans dengan lebih berkesan dengan menyediakan maklumat yang neutral dan telus tentang khidmat pelanggan dan produk-produk yang ditawarkan oleh setiap syarikat. Survei pada tahun 2019 telah dijalankan secara atas talian dari November 2018 hingga Mac 2019, dan lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia telah mengambil bahagian.

Selalunya anugerah diberikan kepada sesebuah syarikat kerana mereka telah membayar orang atasan atau sekumpulan juri yang menentukan pemenang. Apabila manusia terlibat dalam proses pemilihan, anda tidak boleh memastikan samada keputusannya adalah neutral. Kedudukan dan pemilihan pemenang iBanding menggunakan penilaian sebenar pelanggan dan model statistik yang sofistikated untuk memberikan keputusan yang adil dan tidak berat sebelah. Inilah cara terbaik dalam mencerminkan pendapat pelanggan terhadap tahap perkhidmatan sesebuah syarikat. Kemudian iBanding menganugerahkan bintang daripada 1 hingga 5 kepada setiap syarikat untuk melambangkan tahap perkhidmatan yang mereka sediakan. Ia berfungsi seakan-akan laman web seperti Booking.com atau TripAdvisor, tetapi daripada memberikan penilaian hotel, kami memberikan penilaian terhadap syarikat-syarikat insurans dan takaful Malaysia. Syarikat dengan lima bintang menawarkan perkhidmatan dan produk yang lebih baik berbanding syarikat dengan satu bintang.

Insurans Keluarga Terbaik Malaysia

Winner and Rank #1:

Sun Life Malaysia

Runner-Up:

Hong Leong Assurance

Penyampaian anugerah kepada Raymond Lew, CEO & Presiden / Country Head, Sun Life Malaysian Assurance

Left: Raymond Lew, CEO & President / Country Head, Sun Life Malaysia Assurance
Right: Meng Chau Chia, CEO iBanding

“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan terhadap kemajuan strategi Client for Life kami yang mengetengahkan pelanggan dalam segala sesuatu yang kami lakukan, dengan memudahkan mereka untuk berurus niaga bersama kami, menjadi lebih proaktif dan diperibadikan, serta memperbaiki proses resolusi permasalahan kami. Pengiktirafan Anugerah yang berdasarkan tahap perkhidmatan kami dan ulasan pelanggan sebenar adalah suatu pengesahan terhadap fungsi seluruh Syarikat kami yang sememangnya memberi tumpuan kepada pemberian nilai kepada pelanggan kami. Perniagaan kami adalah untuk memberikan suatu perbezaan yang bermakna dalam kehidupan rakyat dan ini sejajar dengan Tujuan Perniagaan kami dalam membantu mereka mencapai keselamatan kewangan seumur hidup serta kehidupan yang lebih sihat,” kata Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden /Pengurus Negara, Sun Life Malaysia.

Raymond Lew, CEO & President / Country Head, Sun Life Malaysia Assurance

Malaysian Takaful Keluarga Terbaik

Winner and Rank #1:

Etiqa Family Takaful

Runner-Up:

Takaful Ikhlas

Penyampaian anugerah kepada Zafri Ab Halim, CEO Etiqa Family Takaful Berhad

Left: Zafri Ab Halim, CEO Etiqa Family Takaful Berhad
Center: Meng Chau Chia, CEO iBanding
Right: Zaharudin Daud, CEO, Etiqa General Takaful Berhad

Zafri Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad berkata, “Di Etiqa, segala usaha kami adalah ke arah penyediaan perkhidmatan yang pantas dan mudah kepada para pelanggan sementara memastikan kami memberikan nasihat yang terbaik menurut kepentingan mereka. Oleh itu, kami sangat teruja untuk menerima anugerah yang julung kali diberikan ini, sebagaimana yang telah dipilih oleh pengguna Malaysia.”

Ranking of Malaysian Companies

Pada tahun 2019, Malaysia mempunyai 11 syarikat Takaful Keluarga dan 14 syarikat Insurans Hayat yang menjual insurans. Ia mungkin sukar untuk mencari syarikat yang paling sesuai untuk anda. Kedudukan Tahunan iBanding membantu anda membandingkan pendapat pengguna-pengguna Malaysia tentang syarikat tersebut. Lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam survei tahunan dan berkongsi pengalaman mereka menerusi penilaian dan pendapat mereka.

Nota: Kedudukan di bawah tidak merangkumi kesemua syarikat-syarikat di Malaysia kerana untuk sesetengah syarikat, data yang dikumpul tidak cukup untuk melambangkan markah sebenar syarikat tersebut.

Insurans Hayat Terbaik 2019 di Malaysia

Syarikat Takaful Keluarga Terbaik 2019

Mengenai Anugerah Insurans Motor dan Takaful

Anugerah Insurans Motor dan Takaful telah dilancarkan pada tahun 2016 dan merupakan anugerah insurans motor dan takaful pertama di Asia berdasarkan maklum balas pelanggan. Matlamat anugerah ini adalah untuk membantu para pengguna Malaysia dalam membuat perbandingan syarikat insurans dengan lebih baik melalui maklumat terperinci yang telus dan adil mengenai syarikat-syarikat insurans motor di Malaysia.

Luke Roho, Pengarah iBanding menerangkan, “Laporan dan penarafan syarikat insurans dan takaful kami membantu rakyat Malaysia dalam lebih memahami kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat di negara ini. Di zaman informasi ini, di mana segala maklumat boleh didapati dengan mudah, mutu perkhidmatan yang ditawarkan sesuatu syarikat bukan lagi menjadi rahsia. Rakyat Malaysia bebas menulis dan berkongsi pengalaman positif yang mereka alami sebagai pelanggan untuk membantu rakan dan keluarga mereka nikmati faedah yang sama. Sebaliknya, jika mereka mengalami pengalaman yang tidak positif, mereka juga cepat berkongsinya di media sosial untuk membantu orang ramai dari melakukan kesilapan yang sama. Kajian dan model iBanding kami yang merumuskan secara ringkas pengalaman yang dialami pengguna dalam bentuk penarafan kedudukan syarikat agar setiap rakyat Malaysia dapat nikmati manfaat daripada maklumat tersebut.

“Selain daripada penarafan syarikat, iBanding juga menyediakan ulasan pelanggan bagi ejen-ejen insurans dan takaful, hospital swasta dan bengkel pembaikan kereta panel.”

Featured on

Memperbaharui insurans kereta anda?

Lihatlah pemenang-pemenang tahun 2019 dan dapatkan yang terbaik.

Car Insurance and Takaful Award