Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd atau kini lebih dikenali sebagai Takaful Malaysia telah melancarkan pelan perubatan pertama dalam talian dengan taja jamin penuh di rantau Asia.

Pelan Takaful myClick Medicare ini ditawarkan melalui portal dalam talian syarikat tersebut, iaitu “Click for Cover”.

Pelan perubatan itu disediakan untuk memenuhi bukan sekadar keperluan pengguna yang sihat tetapi juga bagi mereka yang sudah mengalami masalah kesihatan.

“Premium dan segala yang berkaitan akan dinilai berdasarkan soalan kaji selidik perubatan. Ini merupakan sebahagian daripada  strategi digital yang jelas membezakan kami dengan penyedia insurans yang lain kerana kami sahaja yang menawarkan inovasi canggih ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil.

Pelan perubatan myClick MediCare menyediakan pelan perubatan yang mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berusia di antara 30 hari sehingga umur 69 tahun. Di antara manfaat pelan ini adalah :

  • perlindungan tahunan sehingga RM 100,000
  • tiada had seumur hidup
  • boleh diperbaharui sehingga usia 85 tahun
  • kemasukan tanpa tunai ke hospital panel
  • pilihan amaun potongan (deductible) untuk membolehkan pelanggan mendapat diskaun sehingga 30%

Untuk mendapatkan sebutharga, layari portal myClick Medicare di sini.