myclick medicare
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd atau kini lebih dikenali sebagai Takaful Malaysia telah melancarkan pelan perubatan pertama dalam talian dengan taja jamin penuh di rantau Asia.
Pelan Takaful myClick Medicare ini ditawarkan melalui portal dalam talian syarikat tersebut, iaitu “Click for Cover”.
Pelan perubatan itu disediakan untuk memenuhi bukan sekadar keperluan pengguna yang sihat tetapi juga bagi mereka yang sudah mengalami masalah kesihatan.
“Premium dan segala yang berkaitan akan dinilai berdasarkan soalan kaji selidik perubatan. Ini merupakan sebahagian daripada strategi digital yang jelas membezakan kami dengan penyedia insurans yang lain kerana kami sahaja yang menawarkan inovasi canggih ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil.
Pelan perubatan myClick MediCare menyediakan pelan perubatan yang mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berusia di antara 30 hari sehingga umur 69 tahun. Di antara manfaat pelan ini adalah :
Untuk mendapatkan sebutharga, layari portal myClick Medicare di sini.
Sedang merancang pengembaraan anda yang seterusnya? Apa kata ke negara matahari terbit? (selanjutnya…)
Sedang merancang percutian bajet? Inilah panduan lengkap anda ke salah satu destinasi pelancongan paling berpatutan…
Mencari destinasi yang penuh dengan sawah padi hijau zamrud, pantai yang dramatik, sejarah yang kaya,…
Nak bercuti ke tempat yang cantik, seronok dan murah? Lawatilah jiran kita. (selanjutnya…)
Merancang percutian bajet? Ini panduan lengkap ke salah satu destinasi pelancongan termurah di Asia. (selanjutnya…)
Mencari negara paling murah untuk melancong dari Malaysia? Cambodia harus berada di tempat teratas dalam…
View Comments