Ramai yang sudah menyederi konsep insurans hayat dan fungsinya. Dan jika anda tinggal di Malaysia, anda mungkin sudah pun tahu bahawa ianya jenis insurans yang sering kali disyorkan oleh ejen insurans.
Walaupun polisi hayat adalah perlindungan terbaik bagi kebanyakkan orang, ia tidak semestinya pilihan terbaik bagi segelintir yang lain. Sesetengah daripada mereka mungkin memiliki alasan tersendiri mengapa mereka tidak mahu memiliki polisi hayat. Manakala bagi yang selebihnya pula, mungkin tidak mempunyai pilihan.
Antara beberapa sebab anda mungkin tidak dapat memiliki insurans hayat, atau tidak wajar mendapatkannya, adalah:
Polisi hayat pada amnya hanya dibuka kepada mereka yang berusia 60-65 tahun ke bawah. Ini tidak bererti ia tidak melindungi mereka yang melebihi usia itu. Sesetengah polisi hayat melindungi anda dan keluarga anda sehingga usia 100 tahun. Tetapi untuk mendapatkannya, anda perlu memilikinya sebelum usia tersebut.
Pada masa yang sama, premium polisi hayat meningkat dengan usia pemilik polisi. Pada usia 50 tahun contohnya, walaupun seseorang itu masih layak untuk dapatkannya, tetapi harga yang perlu dibayar adalah tinggi berbanding seseorang yang telah mendapatkannya sejak usia 20an.
Permohonan bagi insurans hayat oleh mereka yang memiliki penyakit sedia ada (pre-existing condition) selalunya tidak akan diterima. Penyakit sedia ada berereti sebarang kecederaan, penyakit, simptom dan keadaan yang wujud sebelum tarikh berkuatkuasa polisi.
Contohnya seperti kanser, kencing manis atau penyakit jantung. Dalam situasi terbaik, syarikat insurans masih menerima permohonan untuk memiliki polisi hayat bagi mereka tetapi mengecualikan penyakit sedia ada ini dari liputan perlindungan mereka. Jadi sekirannya pemohon pernah memiliki penyakit kanser sebelumnya, polisi hayatnya mungkin akan dikecualikan penyakit ini. Ini bererti sekiranya dia meninggal dunia akibat kanser, polisinya tidak akan memberi pampasan kepada keluarganya.
Di atas sebab ini, kita sering dinasihatkan agar memiliki insurans hayat pada ketika usia muda. Iaitu di kala tubuh masih sihat dan risiko menghidapi penyakit masih rendah.
Selain daripada penyakit sedia ada, sebelum melayakkan pemohon, syarikat insurans juga perlukan sejarah perubatan keluarga si pemohon. Syarikat insurans akan menilai rekod perubatan keluarga anda untuk menentukan risiko anda menghidapi penyakit-penyakit tertentu.
Harga insurans hayat, seperti insurans hayat seumur hidup mungkin agak tinggi terutamanya bagi golongan tertentu:
Jika anda tergolong di dalam kumpulan yang tersebut di atas, yang masih ingin mendapatkan perlindungan terutama terhadap kematian, ini salah satu pilihan yang ada.
Insurans kemalangan diri (KD) adalah insurans tahunan yang memberikan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan.
Contohnya jika pemegang polisi kehilangan fungsi anggota badan akibat kemalangan lalu dibuang kerja, polisi ini dapat melindungi pemegang polisi dan keluarganya dari terputus punca pendapatan. Ia juga memberikan pampasan kepada keluarga pemegang polisi ke atas kematian beliau akibat kemalangan.
KD tidak memberi pampasan terhadap kematian jenis semulajadi. Dan di atas sebab ini, ia tidak sesuai dijadikan satu-satunya perlindungan bagi ahli keluarga yang ditinggalkan. Walaupun ianya lebih sesuai sebagai tambahan kepada polisi hayat, tetapi bagi yang tiada kelayakan, KD boleh dijadikan alternatif.
Walau bagaimanapun, KD memiliki kelebihan-kelebihan tersendiri, di antaranya:
Kebanyakan syarikat insurans dan pengendali takaful tidak memberikan polisi hayat setelah usia 60-65 tahun. Tetapi bagi KD, ianya masih boleh didapati di usia yang lebih tua. Contohnya, Syarikat Takaful Malaysia menawarkan myClick PA iaitu pelan KD mereka sehingga usia 70 tahun.
Mereka yang tidak layak memohon insurans hayat kerana penyakit sedia ada dan sejarah perubatan keluarga masih boleh mendapatkan pelan KD. Maka, tiada lawatan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan diperlukan, dan tiada soalan mengenai sejarah keluarga pemohon.
Insurans kemalangan diri adalah lebih murah berbanding insurans hayat kerana liputannya yang terhad. Sebagai contoh, pelan KD yang ditawarkan oleh Allianz bagi pemohon berusia 60 tahun dengan perlindungan tahunan sebanyak RM 120,000 adalah RM189 setahun. Pelan insurans hayat bagi jumlah perlindungan yang sama dikenakan premium lebih RM 2,000 setahun.
Tetapi perlu diingatkan bahawa ini bukanlah satu perbandingan yang adil. Kos insurans hayat lebih tinggi setimpal dengan liputan perlindungannya yang jauh lebih komprehensif.
Satu lagi kelebihan pelan KD adalah ianya berjangka masa pendek berbanding polisi hayat. Polisi hayat ditawarkan sekurang-kurangnya selama 5 tahun, manakala pelan KD adalah pelan tahunan. Ini memberikan fleksibiliti kepada pemegang polisi dan juga komitmen yang lebih rendah. Tidak perlu risau jika masih mampu menanggung premium bulanan jika kehilangan kerja di masa akan datang dan terbatalnya polisi yang telah lama ditanggung.
Kebanyakkan pelan insurans hayat mengecualikan pampasan terhadap aktiviti dan sukan lasak. Contohnya kemalangan yang diakibatkan sukan payung terjun. Tetapi terdapat pelan KD khusus yang boleh didapati yang meliputi risiko sebegini, dengan kos tambahan.
Contohnya, Shield Personal Accident yang ditawarkan Allianz meliputi sukan seperti scuba diving dan bungee jumping.
Walaupun memiliki kelebihan-kelebihannya yang tersendiri, insurans kemalangan diri tidak wajar dijadikan pengganti perlindungan hayat. Beberapa perbezaan yang ketara di antara kedua-dua pelan yang nyata adalah kelemahan pelan KD berbanding polisi hayat adalah:
Pelan KD hanya memberikan pampasan terhadap kematian akibat kemalangan. Tiada pampasan terhadap kematian semulajadi: iaitu kematian yang diakibatkan oleh penyakit atau usia tua. Contoh sekiranya pemegang polisi meninggal dunia kemalangan akibat diserang jantung ketika memandu, keluarganya tidak akan dapat pampasan melalui pelan KDnya.
Tidak seperti insurans hayat yang menawarkan nilai tunai atau cash value, pelan KD tidak memberikan apa-apa wang simpanan. Juga tidak seperti polisi kenderaan yang memberikan bonus tiada tuntutan (NCD) jika tiada tuntutan dibuat ketika tempoh polisi sebelumnya.
Di Malaysia, sesetengah pelan perlindungan diberikan pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Contohnya, pelan insurans hayat diberikan pelepasan sebanyak RM6,000. Manakala pelan pendidikan dan perubatan pula mendapat pelepasan sebanyak RM3,000. setahun. KD pula tidak diberikan sebarang pelepasan.
Arikel ini harap dapat membantu memberi sedikit pencerahan terhdap pilihan yang dimiliki sekiranya pembaca tiada kelayakan untuk dapatkan perlindungan insurans hayat. Sebaiknya pembaca melakukan sedikit kajian sebelum menentukan polisi yang ingin dimiliki. Dapatkan nasihat pakar insurans dan takaful kerana keperluan masing-masing adalah berbeza. Atau jika mempunyai soalan, poskan ke forum insurans di sini.
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…
View Comments
Alangkah sedih rasa bila terbabit kemalangan dan lupa insurance (PA) mana yang saya ambil / rasanya polisi dah tamat tempoh. Sepanjang tempoh langganan tiada satu pun polisi yang dihantar oleh pihak insurance ke tangan saya. Jadi seolah-olah saya tidak dilindungi. Selepas 6 bulan (akhir tahun) baru dapat surat dari syarikat insurance untuk terminate insurance saya sebab tak bayar untuk renew polisi. 2 syarikat insurance. 1 syarikat saya langgan dah masuk 7 tahun melalui potongan bank. Kenapa polisi tak hantar setiap kali pembaharuan polisi? Apa yang saya boleh buat? Apa lagi harapan yang ada? Adakah saya telah diambil kesempatan dalam kesempitan ketika saya memerlukan tiada berjawapan? Malangnya kemalangan saya mengelak kenderaan bukan melanggar kenderaan. Tapi effect kemalangan sama macam melanggar kenderaan. Apa boleh buat.... kerana sudah takdirnya begitu... sekarang kerja apa? Setelah 12 tahun dalam bidang kejuruteraan berpindah ke bidang penyediaan makanan.
"Kau kerja apa sekarang?"
Aku senyum dan berkata, "Aku bagi orang minum dan makan. Kau pun nampak keadaan aku sekarangkan?" Itulah penamat perbualan dan dengan segera beliau pergi jauh.
Anda akan mendapatkan polisi insurans kereta anda setiap kali anda memperbaharuinya tetapi ada juga ejen insurans anda yang simpan untuk anda. Tetapi bagi insurans hayat, anda tidak akan dapat setiap tahun. coverage insurans anda adalah tahunan - ia tidak bergantung berapa lama anda telah membayar insurans anda, sekiranya anda berhenti, polisi anda akan mati.