Semakin banyak syarikat kini menyediakan kemudahan dalam talian, tidak mengira apa pun jenis perniagaan dan industri. Nama Traveloka tidak asing lagi terutama bagi warga Asia Tenggara yang gemar melancong ke luar negara.
Traveloka, sebuah syarikat pelancongan dalam talian yang menyediakan platform yang membolehkan pengguna bukan sekadar membuat tempahan hotel dan penerbangan, malah membuat perbandingan harga untuk perjalanan yang lebih kos efektif.
Sebagai jaminan usaha Trevaloka yang sentiasa ingin memastikan tawaran perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka, Traveloka kini telah bergabung dengan Chubb Insurance Malaysia Berhad bagi menyediakan pelan perlindungan perjalanan yang boleh didapati dengan penempahan tiket kapalterbang di dalam talian.
Terdapat dua jenis pelan yang telah disediakan, pelan bagi penerbangan dalam negeri di Malaysia dan pelan antarabangsa bagi semua penerbangan antarabangsa yang berlepas daripada Malaysia. Premium bagi pelan dalam negeri bermula dari RM 9 (sehala) dan RM 15 (dua hala); manakala premium bagi pelan antarabangsa pula bermula dari RM 21 (sehala) dan RM 42 (dua hala).
Manfaat yang terkandung di dalam pelan termasuklah perlindungan dari segi kehilangan dan kerosakan barangan peribadi, kelewatan dan kehilangan bagasi, pembatalan perjalanan, pembatalan penerbangan oleh penumpang, pampasan terhadap kos perubatan akibat kemalangan serta banyak lagi.
Untuk mengenali kepentingan serta manfaat perlindungan insurans perjalanan, sila baca artikel serta infografik yang telah disediakan di bawah:
Infografik: 6 Manfaat Takaful Perjalanan Yang Tidak Anda Ketahui
Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan perjalanan Traveloka, sila ke laman sesawang ini.
Leave a Comment