Categories: KewanganTakaful

Tuntutan Takaful Ditolak? Ombudsman Perkidmatan Kewangan Sedia Membantu

Pernahkah anda mengalami situasi di mana tuntutan insurans atau takaful anda ditolak? Macam-macam cara sudah pun anda lakukan. Naik turun pejabat syarikat insurans atau pengendali takaful anda. Sudah berpuluh-puluh kali menelefon mereka dan juga ejen anda, tapi tiada juga penyelesaian yang anda inginkan.

Mereka yang pernah lalui situasi sebegini faham sangat betapa siksinya jiwa dan raga setelah tuntutan mereka ditolak. Proses untuk membuat rayuan demi rayuan memakan masa yang panjang, serta usaha yang tidak putus-putus. Tidak hairanlah kenapa ramai yang putus asa setelah hanya sekali dua cubaan.

Ini mungkin tidak apa bagi tuntutan yang berjumlah kecil, tetapi bagaimana pula dengan tuntutan bernilai besar, di mana mereka tahu bahawa mereka di pihak benar?

Bagi kes sebegini, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan dalam usaha menyelesaikan pertikaian tersebut. Di antaranya adalah membuat aduan terhadap PIAM dan Bank Negara Malaysia, yang telah kami sebutkan di dalam artikel lepas.

Satu lagi cara yang boleh anda cuba sekiranya tuntutan insurans atau takaful anda (atau apa-apa pertikaian mengenai perbankan) ialah melalui Ombudsman Perkhidmatan Kewangan.

 

Siapakah Ombudsman Perkhidmatan Kewangan?

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) ditubuhkan pada 30hb Ogos 2004 di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia yang berfungsi  untuk menyelesaikan aduan dan pertikaian bagi isu-isu yang berkaitan dengan insurans, takaful dan juga perbankan. OPK mula perkhidmatannya kepada orang awam pada 20 Januari 2005.

Menurut OPK di laman sesawang mereka: OPK adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai saluran alternatif untuk menyelesaikan aduan dan pertikaian antara Anggota kami yang merupakan Penyedia Perkhidmatan Kewangan (PPK) yang dilesenkan atau diluluskan oleh BNM dan pelanggan mereka. OPK dilantik oleh BNM sebagai pengendali Skim Ombudsman Kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

 

Siapakah anggota Ombudsman Perkhidmatan Kewangan – OPK?

Anggota yang dimaksudkan di atas terdiri daripada bank-bank berlesen, syarikat insurans dan takaful berlesen, institusi kewangan yang ditetapkan, pengeluar instrumen pembayaran, broker insurans dan takaful berlesen, dan penasihat kewangan yang diluluskan. Senarai lengkap bagi semua anggota OPK boleh didapati di sini.

 

Bidang kuasa OPK dalam menyelesaikan tuntutan dan pertikaian pengguna

Mandat OPK adalah untuk menyelesaikan aduan dan pertikaian dengan efektif, bebas dan adil. Perkhidmatan ini disediakan kepada pengguna secara percuma. Bagi kes-kes berkaitan insurans dan takaful, jenis pertikaian di dalam bidang kuasa OPK dan had monetori adalah seperti berikut:

Tuntutan atau pertikaian mengenai kerosakan harta benda pihak ketiga bagi insurans atau takaful kenderaan: RM 10,000

Lain-lain tuntutan atau pertikaian mengenai insurans atau takaful: RM 250,000

 

Pengecualian

Terdapat beberapa pengecualian yang di luar bidang kuasa OPK, di antaranya termasuklah:

  1. Aduan/pertikaian yang melebihi had monetari seperti disebut di atas
  2. Aduan/pertikaian yang telah diputuskan oleh mahkamah atau penimbang tara
  3. Pertikaian atau aduan yang dirujuk kepada OPK selepas enam bulan dari tarikh surat keputusan muktamad pihak syarikat insurans atau pengendali takaful
  4. Aduan/pertikaian yang telah diputuskan oleh OPK sebelumnya. Melainkan terdapat bukti- bukti baru yang faktanya material dan boleh dipertimbangkan oleh OPK untuk menukar keputusan terdahulunya
  5. Aduan/pertikaian melibatkan tuntutan yang berbangkit daripada kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga
  6. Pertikaian atau aduan berkenaan pembayaran wang polisi di bawah polisi  hayat  dan polisi kemalangan diri atau pembayaran manfaat takaful di bawah sijil takaful keluarga dan sijil takaful kemalangan diri sebagaimana yang diperuntukkan masing-masing

Untuk senarai syarat dan pengecualian penuh, sila rujuk laman OPK di sini.

Kami nasihatkan pengguna yang mempunyai aduan agar membuat panggilan terdahulu kepada OPK jika terdapat kemusykilan, OPK boleh dihubungi di 603-2272 2811.

Related Post

 

Cara untuk membuat aduan atau pertikaian

OPK menasihatkan pengguna yang mempunyai isu dengan tuntutan insurans atau takaful mereka agar merujuk isu mereka kepada syarikat insurans/ pengendali takaful terlebih dahulu. Sekiranya dua-dua pihak tidak dapat mencapai suatu penyelesaian yang dapat dipersetujui, maka pengguna bolehlah mengemukakan aduan kepada pihak OPK.

Anda boleh merujuk aduan anda kepada OPK melalui 2 cara:

(i) dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad diterima daripada pihak syarikat insurans atau takaful terhadap aduan atau pertikaian anda

atau

(ii) selepas tempoh enam puluh hari dari tarikh aduan pertama anda  dirujuk kepada pihak syarikat insurans atau takaful berkenaan sekiranya anda belum menerima maklumbalas daripada mereka

 

Pertikaian dan aduan anda boleh ditujukan kepada:

1. Aduan bertulis melalui pos

Unit Pengurusan Aduan
Ombudsman Perkhidmatan Kewangan
(dahulu dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan)
Tingkat 14, Blok Utama
Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur. ​

2. Aduan bertulis melalui faks

Unit Pengurusan Aduan

Nombor faks : +603-2272 1577

3. Hadirkan diri ke

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan
(dahulu dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan)
Tingkat 14, Blok Utama
Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur.

4. Melalui laman web di sini.

Sekiranya terdapat pertanyaan, hubungi talian am mereka di: 603-2272 2811.

 

Jika anda berkemalangan dengan pemandu yang tidak memiliki insurans atau takaful kenderaan yang sah, di mana anda mengalami keederaan tubuh badan, apa pula yang boleh anda lakukan? Ini caranya.

 

 

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

1 hari ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

1 minggu ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

1 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

4 minggu ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

4 minggu ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

2 bulan ago