Tahukah anda, pada tahun 2017, Honda mencatatkan rekod jualan tertinggi yang pernah dicapai syarikat itu dalam sejarahnya di Malaysia dengan jumlah 109,511 unit?
Tak hairanlah, Honda sememangnya jenama yang popular di negara ini, bukan sahaja kerana ciri-ciri dan reka bentuk yang terkini dan menarik tetapi juga kerana harganya yang lebih mampu milik berbanding jenama yang setaraf dengannya.
Tapi bukan ini saja kelebihan-kelebihan yang ditawarkan kereta jenama Honda, sebenarnya banyak lagi yang pemiliknya sendiri sering terlepas pandang. Untung sebenarnya jadi pemilik kereta Honda, terutama sekali dari segi pakej insurans yang diberikan.
Honda Insurance Package atau HIP adalah pakej insurans yang ditawarkan oleh Honda Malaysia secara eksklusif kepada pemilik-pemilik kereta Honda yang bukan sekadar memberikan perlindungan terhadap kereta sahaja.
Malangnya ramai pemilik yang tidak sedar kelebihan ini yang hanya didapati apabila mereka memperbaharui insurans kereta mereka melalui pengedar Honda yang diiktiraf.
HIP menjamin semua penggantian alat dengan alat ganti tulin yang memiliki waranti selama 6 bulan atau 10,000 kilometer waranti servis. Tidak lagi perlu risau tentang alat ganti tiruan atau alat ganti terpakai.
Bukan semua syarikat insurans dan pengendali takaful yang menawarkan polisi mengikut nilai dipersetujui. Tetapi bagi pemilik kereta Honda di bawah HIP, kereta anda diinsuranskan mengikut nilai dipersetujui selama 10 tahun. Di mana tahun pertama nilai dipersetujui mengikut harga asal (harga beli) dan kereta yang berusia 2 tahun hingga 10 tahun pula mengikut nilai yang disyorkan oleh penilaian ISM (Insurance Service Malaysia).
Untuk fahami lebih lanjut tentang kelebihan menginsuranskan kereta anda mengikut nilai dipersetujui, baca artikel ini.
HIP menjamin pemilik kereta Honda di bawah perlindungannya tidak dikenakan kos betterment sehingga 10 tahun! Berbeza dengan syarikat insurans lain yang mengenakan kos betterment seperti jadual di bawah:
HIP menjamin tiada ekses (melainkan ekses wajib) dikenakan berbeza dengan syarikat insurans dan pengendali takaful lain yang kebanyakannya mengenakan ekses berdasarkan usia dan model kereta, umur dan rekod tuntutan pemegang polisi. Ini bererti polisi insurans HIP anda akan mebayar balik 100% kos membaiki kereta anda akibat kemalangan.
Kelulusan bagi tuntutan kurang daripada RM20,000 akan diberikan dengan lebih pantas bagi kereta yang dibaiki di pusat Honda Authorised Body & Paint Centre. Pihak pengedar akan memberikan bantuan dalam mengendali kes tuntutan dengan berhubung terus bersama pihak syarikat insurans.
Agreed value (nilai dipersetujui) adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga syarikat insurans terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Ini berlainan dengan market value (nilai pasaran) yang lebih kerap digunakan di mana jumlah dilindungi (sum insured) adalah mengikut harga pasaran kereta ketika pembaharuan polisi.
Betterment terjadi apabila anda perlu menukar alat ganti yang rosak pada kereta anda akibat kemalangan. Keadaan ini menguntungkan anda kerana alat lama pada kereta anda akan diganti dengan alat yang baru. Di sinilah anda akan dikenakan kos betterment oleh kebanyakan syarikat insurans, di mana anda perlu menanggung perbezaan kos di antara alat baru dan alat lama. Semakin berusia kereta anda, semakin tinggi kos betterment yang dikenakan.
Juga dikenali sebagai deduktibe adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung sebelum syarikat insurans membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan. Ekses wajib yang dikenakan oleh semua syarikat insurans ialah terhadap pemandu bukan dinamakan atau seseorang yang dinamakan yang berusia 21 tahun ke bawah, pemegang lesen memandu sementara (L) atau pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun. Bagi kes ini, ekses sebanyak RM400 dikenakan.
Nak fahami lebih lanjut mengenai Honda Insurance Package dan segala terma dan syarantnya, layari laman ini.
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…
View Comments
Nak tahu sebut harga
Boleh hubungi pihak authorized dealer Honda yang berdekatan jika inginkan sebutharga bagi HIP.
Join HIP
Bagaimana saya nak buat valuation kereta saya n kebetulan saya nak renew insurans kereta. cuma nak basic cover saja (theft and accident) sebab nak raya ni...siapa boleh bantu ye?
Valuation kereta anda boleh dibuat di website syarikat insurans semasa anda ingin membeli insurans tersebut. Sila lihat senarai syarikat insurans di sini:
https://ibanding.com.my/guide-to-buying-car-insurance-online-in-malaysia/