Ramai yang bertanyakan kepada kami bagaimana cara untuk membatalkan polisi insurans atau perlindungan takaful yang telah diambil. Sebenarnya ini bukanlah suatu soalan yang mudah untuk dijawab, kerana kita perlu terdahulu mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat keputusan yang serius ini.
Jadi sebelum kami menjawab soalan bagaimana cara untuk membatalkan polisi, kita sentuh dahulu perkara-perkara yang perlu difikirkan.
7 perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum membatalkan polisi takaful atau insurans:
Selalu kita akan dinasihatkan oleh ejen agar jangan terburu-buru membuat keputusan untuk membatalkan polisi. Kita dengan segera akan mengesyaki ejen yang tidak ingin lepaskan komisen yang diterima dari polisi kita, tetapi ini tidak semestinya alasan ejen.
Sememangnya pembatalan polisi selalunya merugikan kita sebagai pemegang polisi. Jadi sebelum membatalkan polisi, perlu dahulu ketahui beberapa perkara di bawah:
1. Jika tidak mampu membayar premium atas sebab-sebab tertentu, tanyakan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful (atau ejen) anda tentang “premium holiday” di mana anda boleh bercuti dari membayar premium bagi sesuatu tempoh tertentu.
2. Satu cara lagi ialah dengan menggunakan nilai tunai yang terkumpul (jika mencukupi) untuk membayar premium anda. Sekali lagi, semak dengan syarikat atau ejen anda. Kedua-dua perkara ini dapat menyelesaikan masalah tidak mampu membayar premium buat sementara waktu.
3. Jika anda ingin batal polisi sedia ada untuk mendapatkan polisi baru yang lebih kurang sama, atas sebab-sebab seperti tidak kukuh, lebih serasi dengan ejen baru, hendak beli polisi baru dari saudara kita, jangan! Polisi lama yang dibeli beberapa tahun dahulu dibeli dengan premium yang lebih rendah kerana faktor usia yang lebih muda (dan selalunya keadaan kesihatan yang lebih baik).
4. Jika ingin membatalkan polisi atas sebab perlindungan yang tidak mencukupi, tunggu dahulu. Kenalpasti apa yang kurang dan cuba dapatkan perlindungan tambahan atau rider kepada polisi utama.
5. Bagi lima atau enam tahun pertama, sebahagian besar daripada premium anda yang dibayar sebenarnya diberikan kepada ejen sebagai komisyen. Ini bermakna, jika polisi dibatalkan dalam tempoh masa tersebut, cash value anda yang akan dipulangkan adalah sangat kecil dan tidak berbaloi. Ia juga bererti jika anda batalkan polisi sedia ada untuk mendapatkan polisi baru, bukan sahaja premium anda akan lebih tinggi (kerana faktor usia, lihat nombor 3) tetapi anda perlu lalui sekali lagi 5-6 tahun pertama di mana premium akan dibayar kepada ejen. Rugi kan?
6. Cash value atau nilai tunai akan meningkat dengan lebih pantas selepas tahun kedua. Jika dibatalkan polisi yang telah lebih dua tahun dan diganti dengan polisi baru, cash value anda kembali kosong.
7. Anda diberi masa 15 hari setelah menerima dokumen polisi untuk membatalkan polisi tersebut sekiranya anda mengubah fikiran atau mendapati bahawa polisi bukanlah apa yang anda harapkan. Jika pembatalan dibuat di dalam jangka masa yang diberikan ini, premium yang telah dibayar akan dikembalikan. Jadi gunakan masa ini untuk betul-betul teliti dan fahami terma dan syarat kontrak polisi.
Selain daripada yang disebutkan di sini, beberapa perkara lagi yang perlu anda ketahui. Lihat artikel ini untuk pastikan anda membuat keputusan yang merugikan diri.
Cara untuk membatalkan polisi takaful atau insurans anda
Jika kesemua perkara disebutkan di sini dan juga di dalam artikel di atas sudah pun dipertimbangkan dengan teliti dan keputusan anda masih untuk membatalkan polisi, berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil.
1. Hubungi bahagian khidmat pelanggan (customer service) syarikat insurans atau pengendali takaful anda. Fahamkan jika proses pembatalan yang perlu diikuti. Ini kerana proses mungkin berbeza-beza di antara satu syarikat dengan syarikat lain. Sesetengah syarikat memerlukan anda mengisi borang pembatalan polisi.
2. Susuli dengan surat permohonan untuk membatalkan polisi anda. Sertakan segala maklumat polisi juga maklumat peribadi yang berkenaan. Contoh surat boleh didapati di bawah. Ini tertakluk kepada prosedur syarikat. Sesetengah syarikat mungkin tidak memerlukan anda menghantar surat sebaliknya borang atau emel sudah memadai. Jadi dapatkan keterangan daripada pihak syarikat atau ejen terlebih dahulu. Tetapi jika ingin lebih selamat, disyorkan agar surat dikirimkan.
3. Poskan surat melalui kiriman surat berdaftar.
4. Lakukan follow up untuk pastikan surat diterima dan syarikat di dalam proses membatalkan polisi anda. Dapatkan status dan tarikh anggaran proses selesai.
5. Pastikan anda mendapat surat pengesahan dari pihak syarikat mengenai pembatalan polisi anda.
6. Penting! Jika pembayaran dibuat melalui potongan dari akaun simpanan atau kad kredit, segera dapatkan pengesahan dari pihak bank bahawa potongan telahpun dibatalkan.
Sekiranya segala langkah telah diambil dan anda masih tidak dapat pengesahan dari pihak syarikat insurans/ pengendali takaful anda, dinasihatkan anda membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia, maklumat seperti berikut:
Bank Negara Malaysia
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
Ground Floor, D Block
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 1-300-88-5465
Fax : +603 2174 1515
Emel : [email protected]
Laman sesawang: www.bnm.gov.my
Semak direktori syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia untuk dapatkan alamat dan nombor telefon di sini.
Diharapkan pembaca peroleh sedikit pencerahan melalui artikel ini. Segala pertanya boleh ditujukan ke forum insurans di sini.
Siti khatijah bt mustapha
Ogos 25, 2018 10:15 pmSelepas pemotongan tempoh bayaran di slip gaji roads, berapa lama masa untuk kembalikan bayaran yang lebihan potongan ke akaun pemilik
Selina
Ogos 27, 2018 11:22 amItu kami tidak pasti. Bergantung kepada prosedur syarikat masing-masing.
Dayang morhayani Bt awang aris
September 7, 2018 4:16 pmJika hendak membatalkan insurans MNI , adakah kita berurusan dengan etiqa insuran?
luke
September 7, 2018 5:35 pmBoleh terangkan sedikit MNI kerana kani kurang pasti tentangnya. Jika anda merujuk kepada Malaysia national insurance, kami rasa iya baik hubungi etiqa.
Zuliana
Oktober 1, 2018 11:10 amBerapa lamakah jangkamasa penutupan jnsuran takaful.. adakah mencapai sehingga 4 5 bulan?
luke
Oktober 2, 2018 12:32 amMaaf saya tidak faham. Bolehkah anda menerangkan lanjut?
Mohd mustapa
Oktober 18, 2018 8:53 amSy tlh melanggan AIA insuren kemalangan PA selama 11 tahun dan tidak pernah claim ,baru baru ini sy berasa kecewa dgn perhikmatan AIA. Sekiranya sy membatalkan polisy ini adakah wang sy akan dikembalikan?
Selina
Oktober 18, 2018 1:00 pmEncik Mohd. Malangnya polisi PA tiada pulangan wang atau cash value sama seperti insurans kereta.
hafiz
November 19, 2018 12:27 pmsalam..nk tye..klu medical card dah setahun lebih lapse..boleh dpt blk tak bayaran bulanan yg dok bayar sebelum lapse tu?
Selina
Januari 22, 2019 1:32 pmKami tidak pasti. Sebaiknya hubungi syarikat insurans anda untuk dapatkan maklumat.
Rahmat
Disember 21, 2018 3:33 pmAs salam admin, saya nak tanya pada tahun 2001 saya ada daftar insuran MAA semasa berkhidmat di sebuah pejabat awam di Negeri Johor (ada mendapat surat penyata) dan selepas itu saya telah ditukarkan ke Kuala Lumpur dan sekarang saya berada di Perak (tidak mendapat surat penyata). Masalahnya sekarang dari tahun 2002 sehingga kini saya tidak pernah mendapat apa apa surat berkenaan penyata tahunan dari syarikat Insuran MAA sedangkan tiap tiap bulan ada potongan insuran tersebut.
faizal
Mei 30, 2019 2:34 pmsalam, saya nk tnya, saya ada insurans dgn SunLife Malaysia. Saya nk batalkan insurans tu mcm mna yer?
Rae
Jun 1, 2019 9:10 pmAnda boleh menghubungi syarikat insurans anda.
https://www.sunlifemalaysia.com/contact-us/contact-info/
Rosalynn
Jun 25, 2019 7:59 pmMacam mana nak batalkan insurans mengguna Mail
Rae
Jun 27, 2019 3:06 pmAnda boleh dapatkan surat contoh di sini: https://ibanding.com.my/cara-membatalkan-polisi-takaful-dan-contoh-surat-memohon-pembatalan/
Nazira
Julai 22, 2019 11:22 pmSalam sejahtera….maaf bertanya mahupun mengganggu…saye ingin membatalkan insuran Gibratar bsn bagaimanakah cara nya…disebabkan masalah kewangan yg memang tidak stabil…
Rae
Julai 26, 2019 4:12 amAnda cuma perlu menghubungi syarikat insurans anda untuk membatalkan insurans anda.
wan
Ogos 24, 2019 12:10 amAnak saya sudah hampir 2 tahun ambil takaful.. tiba2 bulan ni ada kenaikkan hampir 100% nilai tabarruq.. adakah jika saya batalkan polisi tersebut, saya akan dpt pulangan.
Rae
Ogos 26, 2019 7:25 pmAnda perlu menghubungi ejen anda mengenai hal ini serta perlu ketahui apa sebab kenaikan tersebut. Anda juga menghubungi syarikat insurans anda.
nhuda
Oktober 14, 2019 11:46 amHai. Saya telah 11 tahun melanggan insuran prudential bsn takaful. jika saya tamatkan polisi, adakah berbaloi utk saya?selama 11 tahun mencarum saya tak perbnah claim
Rae
Oktober 24, 2019 2:29 amIni bergantung kepada apa yang anda ingin. Sekiranya anda sudah tidak mampu membiayainya, anda boleh minta tukar ke polisi yang lebih murah. Sekiranya anda rasa ia tidak memanfaatkan anda, anda boleh batalkan ia dan anda akan mendapatkan wang simpanan.
naz
Oktober 15, 2019 12:04 ammin nak tanya tadi aku terapply insuran tpi aq dh ada insuran jadi aq tnye nk cancel tpi die kata selepas 1tahun jadi macam mne ek nk cancel , kea abaikan bayaran insuran yg baru ni , sbb dah ada insuran yg lain,
Rae
Oktober 24, 2019 2:31 amPalsu. Anda boleh batalkan insurans bila-bila masa. Anda boleh menghubungi syrakita insurans anda untuk batalkan insurans tersebut.
*nazatul
November 13, 2019 2:02 pmSalam . mcm mana eh bila saya dah kata dgn ejen saya nak stop kn insurans sbb saya ada masalah kekangan duit dan sebagai nya . tapi ejen punya tak nk saya batal kn siap bayar kn saya punya insurans . mcm mana ye? Terus ke call syarikat tu?
Rae
November 13, 2019 7:05 pmYa, sila hubungi syarikat insurans anda terus untuk batalkan insurans anda. Ejen anda tidak berhak berbuat sedemikian.
Mohd faiz
November 14, 2019 3:22 pmSalam min,saya dah bersama polisi insurans takaful ikhlas sudah lebih 4 tahun. Adakah berbaloi saya batalkan polisi insurans tersebut. Ini kerana insurans tersebut hanyalah macam simpanan sahaja dan tidak tertumpu kepada perubatan dan sebagainya. Minta penjelasan min.
Rae
November 17, 2019 6:09 pmIni bergantung kepada polisi anda, oleh itu kami tidak dapat bantu anda sekarang. Secara am, sekiranya anda batalkan sekarang, anda akan mendapat balik sejumlah wang. Jika anda berhenti bayaran begitu sahaja tanpa menghubungi syarikat insurans anda, simpanan tersebut akan digunakan secara automatik sebagai bayaran. Jika anda ingin bantuan kami, sila hubungi kami di [email protected].
nazatul
November 15, 2019 9:12 amberapa lama tempoh matang insurans ? sbb sayaa baru ambil dekat 2thun . kalau batal kn takde pape masalah kan ? saya amik insurans untuk medical . ada pape pulangan ke ? dalam tempoh 3bulan ni ejen saya yang dok bayar kan , sedang kan saya dah kata sayaa nak stop sbb sayaa ada masalah kewangan .
Rae
November 15, 2019 8:06 pmSimpanan inin bergantung kepada polisi anda. Kami tidak dapat menasihatkan anda tanpa rujukan kepada polisi. Ejen anda sepatutnya tahu sekiranya insurans mempunyai simpanan atau tidak dan sekiranya ada, anda akan dapat balik sejumlah wang tersebut. Adakan benar, ejen anda yang bayarkan dalam 3 bulan ini, kami rasa kemungkinan besar anda mempunya simpanan tersebut dan ejen tersebut menggunakan simpanan tersebut sebagai bayaran. Sebaiknya anda batalkan secepat mungkin supaya tidak bazirkan simpanan anda.
zamil
November 16, 2019 6:23 pmsaya baru melanggani insuran takaful myelite pa dibawah takaful malaysia, saya ingin membatalkan polisi ini, bolehkah batalkan polisi insuran ini, sebab saya langgani tak sampai 15 hari pun.. bagaimana ya??
Rae
November 17, 2019 6:06 pmAnda boleh hubungi takaful malaysia serta-merta untuk batalkan takaful tersebut.
zamil
November 17, 2019 6:22 pmbermakna saya boleh batalkan polisi ini atas talian ke??
Rae
November 28, 2019 3:55 amIni bergantung kepada syarikat insuransa anda. Sesetengah syarikat benarkan anda batalkan melalui telefon atau emel. Ada yang perlukan surat rasmi. Syarikat insurans mana yang anda ingin batalkan?
Risman
November 27, 2019 7:10 pmSalam min , sya br ambk etiqa takaful maybnk dlm 3,4 bln ni, byrn sumbngan stiap 7hb@ sblmnya, adakh jka slps dr 7hb, pd bln brikutnya, automtk ditamtkn polisi? Jka ya apa status byaran² bln sblm ni? Tlg bantu sya, . T. Ksh
Rae
November 28, 2019 4:04 amApabila bayaran tidak dibuat, pembatalan akan dibuat secara automatik. Anda tidak akan dapat balik bayaran yang telah dibuat.
Azmel azali
Disember 3, 2019 3:13 pmSaya nak berhenti mengambil polisi insurans Great Eastearn Takaful. Boleh ke saya nak stop dengan cara Call Customer Service ?
Rae
Disember 3, 2019 4:39 pmYa, anda boleh.
Ana
Disember 5, 2019 8:25 amHi, saya baru terima panggilan semalam dri pihak CIMB mengenai Sun life Malaysia Takaful Berhad. Bolehkah saya menghubungi pihak Takaful utk batalkan?
Rae
Disember 9, 2019 12:21 amKami tidak faham soalan anda. Bolehkah anda jelaskan lebih lanjut?
Is
Disember 8, 2019 8:10 pmSalam..saya sudah melanggan satu polisi insurans selama hampir 17tahun dan bayaran sebulan sbnyak rm33 sahaja.Apabila saya nak berhenti,di maklumkan hanya rm15**.00 sahaja yang akan saya dapat.betulkah cara pengiraannya begitu dan selama tempoh tersebut saya tidak pernah claim apa2 pun.
Rae
Disember 9, 2019 12:26 amTanpa polisi anda, kami tidak dapat menasihatkan anda. Jika anda ingin bantuan lanjut kami, sila hubungi kami dengan polisi anda di [email protected]
Azizi
Disember 13, 2019 10:15 pmadmin, saye baru register medical card + saving + insurance dekat bank. Tapi saye rase nak cancel. Belum active lagi. Tapi saye dah bayar advances untuk 2 bulan. Ade tips untuk cancel?
Rae
Disember 15, 2019 12:08 amSebaiknya, anda hubungi syarikat insurans directly kerana setahu kami, sekiranya anda batalkan insurans tersebut dalam 14 hari selaps aktif, anda akan ditebuskan bayaran penuh yang anda telah buat. Kami rekomen hubungi syarikat insurans supaya tiada kelewatan berlaku oleh pihak kedua, iaitu bank tersebut.
Nazira
Januari 17, 2020 10:45 amSalam min nak tanya. Sayaa amik medical card dgn prubsn. Dan medical card saya dah lapse sbb da tak bayar 2 bulan dan saya taknak sambung bayaran tersebut. Adakah saya kena call customer service untuk terminate lagi? Atau bole ke saya pergi ke bank terus untuk stopkan autopayment untuk insurans? Terima kasih
Rae
Januari 18, 2020 5:40 amSepatutnya anda patut menghubungi syarikat insurans anda untuk pembatalan kerana syarikat insurans akan menggunakan simpanan dari insurans anda untuk membayar bulanan anda. Sekiranya anda telah mempunyai insurans tersebut dalam jangka lama, simpanan tersebut boleh dikeluarkan untuk anda.
Siti
Februari 21, 2020 4:46 pmSaya dah setuju untuk pemotongan gaji untuk pembayaran insurans SPGA tetapi jika saya tidak berminat selepas panggilan telefon tu macamana ya? Saya belum tandatangan borang cuma dah mendaftar untuk insurans tu melalui telefon. Bagaimana untuk membatalknnya?
Rae
Februari 26, 2020 4:35 amKami tidak pernah dengar insurans SPGA oleh itu, kami tidak dapat membantu anda. Anda patut menghubungi syarikat insurans untuk batalkan insurans tersebut.
abu
Februari 21, 2020 5:01 pmhmmm pandangan saya syarikat insuran hanya pandai buat keuntungan pd pihak mereka saja..
bila pelanggan nak terminate syarikat insuran bagi berbagai-bagai helah . itu hak kita.. mereka pasti mengikat kita sampai ke akhir polisi ..walaupun kita tidak untung walau satu sen pun…pengalaman saya..anda bagaimana…
Silahudin
Februari 24, 2020 9:58 amNak tanya,saya ada ambil pakej prudential bsn untuk medical card. Dah bayar selama 4 bulan.Bila nak terminate atas faktor kewangan ejen kata kena tggu setahun untuk terminate.mean kena bayar lagi 8 bulan baru boleh terminate.betul kah?
Rae
Februari 24, 2020 10:03 pmTidak perlu tunggu setahun. Anda boleh batal bila-bila masa yang anda ingin. Kami syorkan anda untuk hubungi syarikat insurans untuk batalkan insurans anda sekiranya ejen anda tidak membantu anda.
Mohammad hafizi
Februari 25, 2020 3:36 amsy telah membuat pembatalan insurans CHUBB. Dan jgk mendapat maklumbalas surat dari pihak insurans menyatakan akan membatalkan polisi insurans sy.. tetapi sehingga kini pihak insurans masih lagi memotong bayaran sy.. jdi di sini bagaimana untuk sy membuat aduan dan tindakan seterusnya?? lg 1 call pihak insurans tak pernah angkat
R.U.D.A
Mac 4, 2020 11:29 amSalam, Admin.
Saya pelanggan Etiqa Insurance sejak Julai 2012. Bayaran premium adalah RM267.91 setiap bulan. Saya berhasrat nak surrender polisi bulan Mac ni. Berbaloi tak rasa-rasanya? Niat surrender sebab nak kurangkan komitmen bulanan.
Terima kasih, Admin.
Rae
Mac 6, 2020 8:22 pmAgak sayang sekiranya anda batal sekarang kerana premium insurans anda kemungkinan mempunyai simpanan menurut nilai yang anda bayar. Satu cara yang kami syorkan adalah minta ejen anda turunkan bayaran bulanan anda. Sekiranya anda batalkan insurans, anda boleh dapatkan simpanan balik Oleh itu, amat penting untuk menghubungi syarikat/ejen untuk pembatalan. Sekiranya tidak, simpanan tersebut akan digunakan sebagai bayaran bulanan. Tetapi, sekiranya anda ingin masih dilindungi, minta ejen untuk hentikan bayaran dan dengan itu, simpanan anda akan digunakan untuk bayaran bulanan sehingga simpanana habis.
R.U.D.A
Mac 6, 2020 10:09 pmOoo boleh macam tu ya? Maksudnya, saya boleh request stop payment tapi protection jalan melalui bayaran from simpanan tu? Saya sendiri pun tak tahu sama ada insurans saya ni ada simpanan atau tak. Beli insurans ni dulu pun sebab rimas bila ada rakan sejawat ni asyik kejar tiap2 hari nak promote insurans. Demi nak diamkan dia, saya ambik je polisi ni.
Masalahnya, bila dah beli polisi, bila medical card hilang, bagitau dia, macam tak kisah pun. Sampai la sekarang. Tu yang antara sebab nak surrender jugak.
Terima kasih ya atas nasihat encik.
R.U.D.A
Mac 4, 2020 11:38 amSalam, Admin.
Saya pelanggan Etiqa Insurance sejak Julai 2012.
Bayaran premium RM267.91 monthly. Saya niat nak surrender polisi bulan ni sebab nak kurangkan komitmen bulanan.
Berbaloi tak rasanya ya?
miza
Mac 9, 2020 2:25 pmAdmin saya nak tanya, saya baru bukaa account bank dekat affin Islamic bank, pihak bank cakap perlu potong rm53 untuk insurance, kalau insurance tu kita tak ambil tak boleh ka? saya tak berminat la.. tapi kata pihak bank tu perlu jgk, mcm mna ya admin?
Rae
Mac 20, 2020 1:53 amSetahu kami, tiada insurans adalah wajib. Adakah anda menerima sebarang dokumen? Jika ya, anda boleh hantar kepada kami di [email protected] untuk membuat tuntutan balik wang anda.
miza
Mac 23, 2020 9:46 amyaa kaa, itulah saya pelik tu, pihak bank tu cakap perlu. Saya tak de lah terima apa-apa dokumen pula dari pihak bank tersebut, tapi masa saya nak buka akaun bank tu saya adalah tandatangan dokumen yang berkaitan insurance tu sebab dia cakap untuk teruskan kena ambil juga insurance ni, saya tak teragak-agak untuk pertikaikan masa tu sebab saya tengah urgent nak kejar flight, so saya nak tanya untuk bulan kedua dan seterusnya kalau saya tidak membuat pembayaran insurance tersebut adakah akan menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan?
Rae
April 1, 2020 1:28 amMinta dokumen tersebut untuk review. Anda boleh hubungi kami di [email protected] sekiranya anda ingin kami review dokumen tersebut.
R.U.D.A
Mac 24, 2020 12:49 pmSalam, admin.
Saya dah terminate polisi Etiqa twin special pada 16 Mac 2020. Dan diberitahu oleh pegawai tu cash surrender value dalam RM3500. Based on my readings before this, I should expect the money to be wired in within 1 month. Betul ya?
Bila saya check slip gaji utk Mac 2020, masih ada potongan premium tersebut. Perlukah saya call pihak etiqa for further explanation atau macam mana ya?
Thanks in advance.
Rae
April 12, 2020 4:20 pmYa, anda patut hubungi syarikat tersebut dan minta penjelasan dalam surat.
Fy
Mac 30, 2020 9:05 amInsurans etiqa maybank telepon saya promote insurans medikal rm 33 sebulan katanya pihak bank akan pos surat dan buat potongan. Sampai hrini surat tak dapat tapi potong duit bulanan . jadi pihak saya tidak ada hitam putih . boleh ke saya Batalkan insurans ni tanpa ke bank hanya melalui telepon sahaja.
Rae
April 12, 2020 4:22 pmSebaiknya, anda pergi ke cawangan Maybank untuk batalkan insurans tersebut dengan serta-merta.
Nazimah binti Abdullah
April 14, 2020 9:11 pmSalam….mcmmne cara nk batalkn polisi insurance?
Rae
Mei 6, 2020 2:27 amAnda boleh menghantar surat pembatalan atau pergi ke syarikat insurans anda untuk batalkan insurans tersebut.
R.U.D.A
Mei 26, 2020 8:18 pmSalam.
Senang saja, cik. Cik cuma perlu bawa buku polisi ke pejabat insurans tersebut dan bagitau yang cik nak surrender policy. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri surrender policy etiqa twins special pada bulan 16 Mac haritu.
Effie
Mei 15, 2020 10:27 amSlm.. Nak tnya kalau nak tuntut balik duit kalau kt dah habis tempoh 15 tahun pembayaran macam mana ye? Saya tak nak buat terus kan.. Mohon pencerahan…
zulkafli
Julai 1, 2020 11:00 amsaya telah menghantar surat pembatalan/terminate insuran.Sekarang ni dalam proses mungkin 15 hari.Pembayaran dibuat melalui kad kredit setiap bulan.Insuran say akan ditamatkan bermula bln Sept.Bg bulan Julai dan Ogos pihak insuran akan ambil duit deposit 2 bln .
Soalan saya ialah bagaimana nak berhentikan pembayaran kad kredit saya supaya bln Julai ni supaya tidak berlaku deduction atas akaun saya?. Terima kasih
Rae
Julai 20, 2020 2:28 amSekiranya anda telah menerima respons (surat atau emel) dari syarikat insurans anda, pembatalan pembayaran telah dilakukan.
Jika tidak dan anda ingin memastikan pembatalan dibuat, anda boleh suspend kad kredit anda atau minta kredit kad baru.
tajudin bin morad
Julai 2, 2020 1:40 pmsalam.saya nak batal polisi insuran takaful may bank,boleh buat cara online tak?
Rae
Julai 20, 2020 2:29 amAnda boleh menghubungi syarikat insurans di sini: https://www.etiqa.com.my/v2/contact-us
Cara yang paling baik dan serta-merta adalah lawati cawangan mereka untuk membuat pembatalan tersebut.
Ros
Julai 19, 2020 10:46 amSaya hendak menamatkan prudential bsn. Mcm mn ye? Sapa perlu sy hubungi?
Rae
Julai 28, 2020 7:19 pmCara yang paling baik dan cepat adalah lawati cawangan Prudential BSN untuk membuat pembatalan tersebut.
Muhammad Afiq bin jemain
Disember 5, 2020 10:05 amMCM mana saya nak batalkan takaful ya saya ada urusan masalah peribadi harap boleh cencel
Justine
Disember 16, 2020 9:19 amAnda boleh merujuk kepada artikel di laman web kami : https://ibanding.com.my/cara-membatalkan-polisi-takaful-dan-contoh-surat-memohon-pembatalan/
Anis Syuhadak
Januari 20, 2021 4:01 pmSy baru join insurans tk smpai sminggu.. Dan tiada pembayaran lgi dibuat.. Pembayaran prlu dibuat selepas 30 hari pendaftaran.. Tapi sy berubah fikiran utk stop atas sbb2 trtentu.. Boleh ker sy nak stop? Mohon pencerahan
Justine
Januari 22, 2021 11:07 amYa, anda boleh membatalkan polisi insurans anda. Sekiranya anda cepat dan membatalkan polisi dalam masa 14 hari, anda tidak akan dikenakan penalti. Sekiranya anda membatalkan polisi setelah 14 hari, anda mungkin dikenakan denda, tetapi polisi anda tetap akan dibatalkan.
Nur syahrain bt mohd dom
Januari 23, 2021 9:33 amMatikan tolak duit insurin di bank hong leong bank
ricky
Februari 12, 2021 2:17 pmsaya mahu semak polisi insurans takaful ikhlas saya dan tarikh saya masuk dalam insuran takaful ikhlas
Justine
Februari 15, 2021 4:58 pmAnda boleh menghubungi Takaful Ikhlas menggunakan pautan ini: https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/ikhlas-contact?page=1
Naty
Mac 27, 2021 10:18 pmSsya dah beli insuran berkelompok penjawat awam dekat 15 tahun, bulanan bayar melalui potongan gaji
Ikut pada premium yg dibayar cover utk 36 penyakit pd list yg di beri
Saya pernah mengalami penyakit paru2 yg serius pd 2017-2019..bila sy hubungi bhg khidmat pelanggan..jawapan amat mengecewakn..sy tak boleh claim apa2 pu
Jadi sy nk buat keputusan utk berhenti dari terus dari insurance berkelompok ini.Bagi sy ia tidak membantu langsung semasa sy sakit dan ejen tidak memberi peneragan yg tepat
Mohd Samsuri Bin Abdul Razak
Mei 19, 2021 2:41 pmSaya nk buat pembatalan insuran my sinar yg sekarang sudah 5,6 bulan saya jalani..saya berharap sangat agar pihak insuran dapat membuat pembatalan dengan segera.
Justine
Mei 21, 2021 3:13 pmAnada sebaiknya lawati cawangan insurans terdekat dan membatalkan insurans secara peribadi dan bertulis. Dengan cara ini, anda dapat memastikan bahawa polisi dibatalkan sepenuhnya.
ABDUL RAHMAN BIN TALIP
Mei 25, 2021 9:09 pmSaya ditawarkan insuran takaful myelite PA Bank Islam tetapi saya belum buat pembayaran bulan pertama.Bolehkah saya membatalkan insuran tersebut..
Justine
Jun 22, 2021 12:34 pmYa. Kami mencadangkan pergi ke bank secara langsung untuk membatalkannya.
Jijah
Jun 2, 2021 1:01 amSalam nak tnya kalau sya taknak nak join atau senang kata nak batalkan takaful mcm mnaa eh.sy nak buat secara online boleh ke tu?
Justine
Jun 22, 2021 12:38 pmItu bergantung pada syarikat insurans. Sebaiknya batalkan takaful secara peribadi untuk mendapatkan maklum balas segera bahawa pembatalan tersebut berjaya dilakukan.
SITI NORMAZIAH MANSOR
Julai 13, 2021 11:37 amSaya menyertai etika takful ceupacs sejak Febuari 2020….potongan dalam slip gaji melalui biro angkasa.Apakah prosedur untuk berhenti mencarum dlm etika takaful eupacs ni?
Adakah saya akan mendapat sedikit pulangan tunai dgn potongan gajo sejak feb. 2020 tersebut.mohon pencerahan please
Justine
Ogos 3, 2021 7:58 pmHarap maaf, anda tidak akan mendapat pulangan tunai dari iBanding. Pada masa ini, kami hanya memberikan pulangan tunai untuk takaful motor atau insurans kereta.
Muhammad Bin A Hamid
Julai 22, 2021 8:18 amIngin tahu saya baru baru ini terlibat dalam kemalangan antara kenderaan cedera pada tulang jari kaki patah, urat putus,ada masuk besi,, jahitan,di hospital empat hari selama dua bulan di rumah dapat surat cuti sampai kembali normal,besi serta jahitan kekal, adakah boleh terima pampasan?
Justine
Ogos 3, 2021 8:00 pmPerkara ini bergantung pada pihak mana yang salah dalam kemalangan itu. Sekiranya pihak lain bersalah, maka anda boleh menerima pampasan.
KAMSIAH
Oktober 15, 2021 4:18 pmsaya telah mengambil insurance MNI ,tetapi saya dah lamatidak dapat polisi insuran saya sebab saya dah pindah ,agen saya sudah berhenti ,sekarang saya telah pencen pilihann ,jadi saya ingin membatalkan polisi saya ,MNI telah bertukar nama ,saya tak tahu ,lost contact,bayar melalui angkasa,
NURUL AIN ALISSA BINTI ZAMRI
November 17, 2021 10:16 pmSaya ingin membatalkan insurance Etiqa takaful ini . Kerana saya tidak mahu wang dalam akaun saya di potong setiap bulan . Kerana saya tidak mampu . Selepas saya buat insurance ni saya sedar wang akan dipotong setiap bulan
Justine
November 29, 2021 5:47 pmYou can contact Etiqa directly to cancel the insurance. https://www.etiqa.com.my/v2/contact-us
NURUL AIN ALISSA BINTI ZAMRI
November 17, 2021 10:20 pmJika ingin membatalkan insurance Premier PA dan Takaful macam mana ye
Justine
November 29, 2021 5:46 pmAnda boleh membaca tentang cara membatalkan di sini: https://ibanding.com.my/6-things-consider-canceling-insurance-policy/
rosnah
Disember 8, 2021 1:00 amsya telah hubungi pihak insuran etika dan membuat pemohonan membatalkan insuran. tetapi saya dapati amaun dalam bank sya masih lagi dipotong berkali2. sya hubungi kembali dan bertanya tntg pmotongn trsebut. mrka kata telah batalkan insuran sya. tetapi hngga kini pemotongn dlm akaun sya masih d buat.. apa prlu sya lakukan? laporkan kpda polis atas sebab pemotgan mencuri duit sdgkan mereka kata dah batalkan..
Justine
Januari 20, 2022 11:13 pmDapatkan pengesahan daripada Etiqa hingga tarikh insurans tersebut dibatalkan. Sesetengah insurans mempunyai tempoh notis tiga bulan, jadi anda akan terus membayar selama tiga bulan.
Aiman Syafiq
Februari 9, 2022 1:55 pmInsuran etiqa takaful penipu saja . Selepas saya buat pembatalan insuran 1sen pon saya tak dapat pulangan . Jangan lah ambil insuran tak dapat manfaat apa pon malah ambil duit kita jaa
Nia
Februari 14, 2022 5:24 pmBagaimana jika saya ingin membatal pelan myHealth Plus ya? Saya baru daftar dan belum membayar apa-apa potongan tetapi atas beberapa sebab, saya ingin membatalkan sijil saya. Apakah patut saya buat?
Justine
Mei 31, 2022 7:24 pmSebaiknya hubungi terus syarikat insurans untuk membatalkan.
Jay
Mac 10, 2022 11:42 pmBoLehkah saya batalkan eztakaful polisi?
Justine
Mei 31, 2022 7:25 pmBoleh
jies
April 25, 2022 4:34 pmsafety and usage tips u must know about child car seat.