Categories: Asas Insurans

Cara Membatalkan Polisi Takaful dan Contoh Surat Memohon Pembatalan

Ramai yang bertanyakan kepada kami bagaimana cara untuk membatalkan polisi insurans atau perlindungan takaful yang telah diambil. Sebenarnya ini bukanlah suatu soalan yang mudah untuk dijawab, kerana kita perlu terdahulu mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat keputusan yang serius ini.

Jadi sebelum kami menjawab soalan bagaimana cara untuk membatalkan polisi, kita sentuh dahulu perkara-perkara yang perlu difikirkan.

 

7 perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum membatalkan polisi takaful atau insurans:

Selalu kita akan dinasihatkan oleh ejen agar jangan terburu-buru membuat keputusan untuk membatalkan polisi. Kita dengan segera akan mengesyaki ejen yang tidak ingin lepaskan komisen yang diterima dari polisi kita, tetapi ini tidak semestinya alasan ejen.

Sememangnya pembatalan polisi selalunya merugikan kita sebagai pemegang polisi. Jadi sebelum membatalkan polisi, perlu dahulu ketahui beberapa perkara di bawah:

1. Jika tidak mampu membayar premium atas sebab-sebab tertentu, tanyakan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful (atau ejen) anda tentang “premium holiday” di mana anda boleh bercuti dari membayar premium bagi sesuatu tempoh tertentu.

 

2. Satu cara lagi ialah dengan menggunakan nilai tunai yang terkumpul (jika mencukupi) untuk membayar premium anda. Sekali lagi, semak dengan syarikat atau ejen anda. Kedua-dua perkara ini dapat menyelesaikan masalah tidak mampu membayar premium buat sementara waktu.

 

3. Jika anda ingin batal polisi sedia ada untuk mendapatkan polisi baru yang lebih kurang sama, atas sebab-sebab seperti tidak kukuh, lebih serasi dengan ejen baru, hendak beli polisi baru dari saudara kita, jangan! Polisi lama yang dibeli beberapa tahun dahulu dibeli dengan premium yang lebih rendah kerana faktor usia yang lebih muda (dan selalunya keadaan kesihatan yang lebih baik).

 

4. Jika ingin membatalkan polisi atas sebab perlindungan yang tidak mencukupi, tunggu dahulu. Kenalpasti apa yang kurang dan cuba dapatkan perlindungan tambahan atau rider kepada polisi utama.

 

5. Bagi lima atau enam tahun pertama, sebahagian besar daripada premium anda yang dibayar sebenarnya diberikan kepada ejen sebagai komisyen. Ini bermakna, jika polisi dibatalkan dalam tempoh masa tersebut, cash value anda yang akan dipulangkan adalah sangat kecil dan tidak berbaloi. Ia juga bererti jika anda batalkan polisi sedia ada untuk mendapatkan polisi baru, bukan sahaja premium anda akan lebih tinggi (kerana faktor usia, lihat nombor 3) tetapi anda perlu lalui sekali lagi 5-6 tahun pertama di mana premium akan dibayar kepada ejen. Rugi kan?

 

6. Cash value atau nilai tunai akan meningkat dengan lebih pantas selepas tahun kedua. Jika dibatalkan polisi yang telah lebih dua tahun dan diganti dengan polisi baru, cash value anda kembali kosong.

 

7. Anda diberi masa 15 hari setelah menerima dokumen polisi untuk membatalkan polisi tersebut sekiranya anda mengubah fikiran atau mendapati bahawa polisi bukanlah apa yang anda harapkan. Jika pembatalan dibuat di dalam jangka masa yang diberikan ini, premium yang telah dibayar akan dikembalikan. Jadi gunakan masa ini untuk betul-betul teliti dan fahami terma dan syarat kontrak polisi.

Related Post

Selain daripada yang disebutkan di sini, beberapa perkara lagi yang perlu anda ketahui. Lihat artikel ini untuk pastikan anda membuat keputusan yang merugikan diri.

Cara untuk membatalkan polisi takaful atau insurans anda

Jika kesemua perkara disebutkan di sini dan juga di dalam artikel di atas sudah pun dipertimbangkan dengan teliti dan keputusan anda masih untuk membatalkan polisi, berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil.

1. Hubungi bahagian khidmat pelanggan (customer service) syarikat insurans atau pengendali takaful anda. Fahamkan jika proses pembatalan yang perlu diikuti. Ini kerana proses mungkin berbeza-beza di antara satu syarikat dengan syarikat lain. Sesetengah syarikat memerlukan anda mengisi borang pembatalan polisi.

2. Susuli dengan surat permohonan untuk membatalkan polisi anda. Sertakan segala maklumat polisi juga maklumat peribadi yang berkenaan. Contoh surat boleh didapati di bawah. Ini tertakluk kepada prosedur syarikat. Sesetengah syarikat mungkin tidak memerlukan anda menghantar surat sebaliknya borang atau emel sudah memadai. Jadi dapatkan keterangan daripada pihak syarikat atau ejen terlebih dahulu. Tetapi jika ingin lebih selamat, disyorkan agar surat dikirimkan.

3. Poskan surat melalui kiriman surat berdaftar.

4. Lakukan follow up untuk pastikan surat diterima dan syarikat di dalam proses membatalkan polisi anda. Dapatkan status dan tarikh anggaran proses selesai.

5. Pastikan anda mendapat surat pengesahan dari pihak syarikat mengenai pembatalan polisi anda.

6. Penting! Jika pembayaran dibuat melalui potongan dari akaun simpanan atau kad kredit, segera dapatkan pengesahan dari pihak bank bahawa potongan telahpun dibatalkan.

Contoh surat permohon pembatalan polisi:

Sekiranya segala langkah telah diambil dan anda masih tidak dapat pengesahan dari pihak syarikat insurans/ pengendali takaful anda, dinasihatkan anda membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia, maklumat seperti berikut:

Bank Negara Malaysia
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
Ground Floor, D Block
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur.
Tel  : 1-300-88-5465
Fax : +603 2174 1515

Emel : bnmtelelink@bnm.gov.my
Laman sesawang: www.bnm.gov.my

 

Semak direktori syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia untuk dapatkan alamat dan nombor telefon di sini.

Diharapkan pembaca peroleh sedikit pencerahan melalui artikel ini. Segala pertanya boleh ditujukan ke forum insurans di sini.

View Comments

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

7 jam ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

1 minggu ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

1 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

4 minggu ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

4 minggu ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

1 bulan ago