insurans kereta Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/insurans-kereta-ms/ Finding the Best Insurance Sun, 25 Apr 2021 13:54:34 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 insurans kereta Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/insurans-kereta-ms/ 32 32 234803146 Kemalangan Dengan Pemandu Tidak Berinsurans? https://ibanding.com.my/kemalangan-dengan-pemandu-tidak-berinsurans/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemalangan-dengan-pemandu-tidak-berinsurans https://ibanding.com.my/kemalangan-dengan-pemandu-tidak-berinsurans/#respond Wed, 21 Apr 2021 05:35:57 +0000 https://ibanding.com.my/?p=45856 The post Kemalangan Dengan Pemandu Tidak Berinsurans? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Biro Penanggung Insurans Motor (MIB) bersedia untuk membantu rakyat Malaysia apabila kemalangan kereta atau motosikal berlaku dengan pemandu yang tidak diinsuranskan.

Apakah yang anda lakukan apabila anda mengalami kemalangan dengan kereta yang tidak diinsuranskan?

Kebanyakan rakyat Malaysia tahu bahawa jika anda tercedera dengan kenderaan bermotor, anda boleh membuat tuntutan Kecederaan Tubuh Badan Pihak Ketiga (TPBI) terhadap syarikat insurans kenderaan bermotor tersebut.Tetapi apa yang berlaku jika kenderaan bermotor itu tidak mempunyai perlindungan insurans? Daripada siapakah anda tuntut?

Diketika inilah Biro Penanggung Insurans Motor Malaysia Barat atau nama singkatnya MIB, memainkan peranan.

MIB ditubuhkan pada 15/01/1968 hasil daripada perjanjian yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Syarikat Insurans Am Malaysia dan Biro itu sendiri. Tujuan MIB adalah untuk menyalurkan pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya yang cedera (sama ada sebagai pemandu, penumpang atau pejalan kaki) sekiranya kenderaan bermotor pihak lain tidak mempunyai insurans.

Biro Penanggung Insurans Motor (MIB) akan membayar wang untuk kecederaan yang anda alami semasa kemalangan dengan pemandu yang tidak diinsuranskan. MIB tidak akan membayar apa-apa kecederaan yang sedia ada atau apa-apa kerosakan kepada kereta anda. Ini adalah perkara yang mengecewakan di Malaysia. Jika pihak lain memandu tanpa insurans, anda hanya boleh mendapatkan wang ganti rugi anda dengan menyaman pemandu secara peribadi.

Terdapat beberapa langkah penting yang perlu dipatuhi:

  1. Anda boleh mengemukakan tuntutan anda terus kepada Biro Penggung Insurans Motor (MIB) atau melantik seorang peguam untuk berbuat demikian.
  2. Anda mesti mengenal pasti nombor plat kenderaan bermotor yang melanggar anda (cth.WTG 1234). MIB tidak lagi membayar anda untuk kes-kes langar dan lari, iaitu apabila sebuah kenderaan melanggar anda, tetapi anda tidak dapat merakam nombor plat kenderaan tersebut .Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan selepas kemalangan.
  3. Anda perlu mengemukakan tuntutan anda dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kemalangan.
  4. Jika anda melantik seorang peguam untuk membuat tuntutan mahkamah, peguam anda mesti maklumkan perkara tersebut kepada MIB dalam tempoh 30 hari dari tarikh tuntutan mahkamah dan membekalkan MIB dengan semua dokumen yang berkaitan.
  5. MIB hanya akan membayar untuk kecederaan anda (contohnya lelasan, patah tulang) dalam kemalangan dengan pemandu yang tidak diinsuranskan. Mereka tidak akan membayar kerosakan kepada kenderaan bermotor anda, pakaian, kasut, jam tangan, kehilangan pendapatan, bil perubatan, dan lain-lain.
  6. Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada budi bicara dan jasa baik MIB.

Anda perlu menyediakan dokumen berikut:

  1. Surat iringan yang menerangkan kemalangan anda, tujuan anda membuat tuntutan dan menyenaraikan dokumen yang dilampirkan.
  2. Laporan polis anda (mesti menyatakan nombor plat kenderaan pihak ketiga).
  3. Laporan polis pemandu kenderaan pihak ketiga (jika ada).
  4. Laporan perubatan anda.

 

Sila buat satu set salinan semua dokumen dan serahkan set dokumen asal kepada:

Biro Penanggung Insurans Motor Malaysia*

Wisma PIAM No.150-3, Tingkat 3, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields,

50782 Kuala Lumpur

Telefon: 03-22747395

* Walaupun ia mengatakan Malaysia Barat, orang dari Sabah dan Sarawak boleh menghantar tuntutan mereka ke alamat ini juga. Apabila anda menerima jawapan daripada MIB, mereka akan meminta bayaran RM100 untuk mereka memulakan siasatan ke atas kemalangan anda. MIB kadang-kadang mengubah dasar dalamannya dan proses itu mungkin mengambil masa yang lama, oleh itu kami menasihati agar anda membuat tindakan susulan dengan menghubungi mereka setiap bulan bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Ramai orang tidak mengetahui kewujudan MIB dan perkhidmatan yang mereka sediakan kepada orang ramai di Malaysia. Ini adalah perkara yang agak malang. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk membuat tuntutan daripada MIB, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan.

The post Kemalangan Dengan Pemandu Tidak Berinsurans? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/kemalangan-dengan-pemandu-tidak-berinsurans/feed/ 0 45856
Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/#respond Thu, 15 Nov 2018 08:01:20 +0000 https://ibanding.com.my/?p=42549 The post Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Kami telah melancarkan kaji selidik tahunan bagi mengenalpasti Syarikat Insurans dan Takaful Terbaik Malaysa 2018/19. Dalam masa 4 bulan ini pemandu-pemandu di negara ini boleh mengisi kaji selidik untuk berkongsi pengalaman mereka semasa bersama syarikat insurans mereka. Setiap minggu, kami menghadiahkan wang tunai manakala di akhir kempen kaji selidik ini, sebuah Smartphone akan dihadiahkan kepada seorang peserta bertuah. Tertakluk kepada terma & syarat.

Apakah kepentingan Kaji Selidik Insurans Motor kepada Pengguna?

Malaysia mempunyai lebih daripada 20 syarikat insurans takaful motor yang masing-masing mengenakan harga dan kualiti perkhidmatan yang berbeza. Sama seperti hotel di mana sesetengah hotel adalah lebih mahal, tetapi menyediakan perkhidmatan 5 bintang. Manakala sesetengah hotel pula mengenakan harga yang lebih rendah, tetapi memberikan perkhidmatan yang tidak setaraf hotel 5 bintang. Melalui kaji selidik ini, model analisa bebas kami akan mengenalpasti syarikat insurans dan takaful motor yang menyediakan perkhidmatan 5 bintang kepada pelanggan.

Tahun ini anda boleh memenangi wang tunai mingguan serta hadiah utama, sama ada sebuah iPhone 8 atau Samsung S9 – anda boleh memilih!

Layari halaman kami untuk menyemak pemenang-pemenang tahun-tahun lepas. 

Kaji Selidik Tahunan Insurans Motor ke-4

Tahun ini merupakan tahun keempat kami di iBanding menjalankan Kaji Selidik Insurans Motor. Tahun lepas telah menyaksikan Etiqa Takaful dan Takaful Malaysia memenangi Anugerah bagi Syarikat Takaful Terbaik. Manakala Etiqa pula memenangi Anugerah Insurans Kereta Terbaik untuk insurans konvensional.

2018-Best-car-Insurance-Company-in-Malaysia

Bagaimanakah penarafan syarikat melalui anugerah ini berbeza daripada anugerah-anugerah lain?

Penarafan dan anugerah ini berdasarkan maklum balas sebenar dari ribuan rakyat Malaysia yang memiliki dan melanggan insurans motor yang sah. Ini adalah amat penting kerana hanya melalui pengalaman peribadi bersama sesebuah syarikat insurans dapat pengguna berkongsi pendapat mereka terhadap syarikat tersebut. Kaji selidik ini bukan suatu pertandingan populariti, di mana syarikat terbaik dipilih melalui jumlah undian. Soalan-soalan yang ditanyakan telahpun terbukti kesaintifikan mereka, di mana maklum balas pengguna sebenar yang akan menentukan menarafkan syarikat-syarikat insurans yang terdapat di negara ini.

Kelebihan Penarafan Syarikat Insurans dan Takaful iBanding

  • Penarafan berdasarkan pengalaman pelanggan, bukan undian populariti
  • Pemenang dipilih oleh model statistik bebas, bukan dari panel hakim berbayar
  • Tinjauan tidak ditaja oleh mana-mana syarikat insurans

Cara penyertaan

Langkah 1:
Isikan borang kaji selidik

Klik pautan di bawah sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu untuk dapatkan borang kaji selidik. Terdapat 10-15 soalan di dalam borang yang hanya akan mengambil masa kurang 5 minit.

Langkah 2:
Sahkan alamat emel anda

Setelah menghantarkan borang kaji selidik, anda akan menerima emel daripada iBanding untuk pengesahan anda. Langkah ini perlu agar kami dapat pastikan emel adalah sah dan anda boleh dihubungi.

Langkah 3:
Kongsi untuk gandakan peluang kemenangan

Anda akan menerima URL bertuah individu yang boleh anda kongsi dengan rakan anda untuk gandakan peluang kemenangan anda. Setiap kali rakan anda menjawab kaji selidik melalui URL bertuah anda, anda akan menerima 3 tiket tambahan bagi cabutan bertuah hadiah utama.

Sertai pencarian Syarikat Insurans Terbaik di Malaysia

Tinggalkan soalan jika ada di bahagian komen di bawah.

The post Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/feed/ 0 42549
Untungnya Jadi Pemilik Kereta Honda! Kelebihan HIP Yang Perlu Anda Ketahui https://ibanding.com.my/untungnya-jadi-pemilik-kereta-honda-kelebihan-hip-yang-perlu-anda-ketahui/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=untungnya-jadi-pemilik-kereta-honda-kelebihan-hip-yang-perlu-anda-ketahui https://ibanding.com.my/untungnya-jadi-pemilik-kereta-honda-kelebihan-hip-yang-perlu-anda-ketahui/#comments Wed, 24 Jan 2018 01:00:02 +0000 https://ibanding.com.my/?p=36395 Tahukah anda, pada tahun 2017, Honda mencatatkan rekod jualan tertinggi yang pernah dicapai syarikat itu dalam sejarahnya di Malaysia dengan jumlah 109,511 unit? Tak hairanlah, Honda sememangnya jenama yang popular di negara ini, bukan sahaja kerana ciri-ciri dan reka bentuk yang terkini dan menarik tetapi juga kerana harganya yang lebih mampu milik berbanding jenama yang setaraf dengannya....

The post Untungnya Jadi Pemilik Kereta Honda! Kelebihan HIP Yang Perlu Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Tahukah anda, pada tahun 2017, Honda mencatatkan rekod jualan tertinggi yang pernah dicapai syarikat itu dalam sejarahnya di Malaysia dengan jumlah 109,511 unit?

Tak hairanlah, Honda sememangnya jenama yang popular di negara ini, bukan sahaja kerana ciri-ciri dan reka bentuk yang terkini dan menarik tetapi juga kerana harganya yang lebih mampu milik berbanding jenama yang setaraf dengannya.

Tapi bukan ini saja kelebihan-kelebihan yang ditawarkan kereta jenama Honda, sebenarnya banyak lagi yang pemiliknya sendiri sering terlepas pandang. Untung sebenarnya jadi pemilik kereta Honda, terutama sekali dari segi pakej insurans yang diberikan.

 

Tahukah anda tentang Honda Insurance Package yang anda nikmati sebagai pemilik kereta Honda?

Honda Insurance Package atau HIP adalah pakej insurans yang ditawarkan oleh Honda Malaysia secara eksklusif kepada pemilik-pemilik kereta Honda yang bukan sekadar memberikan perlindungan terhadap kereta sahaja.

Malangnya ramai pemilik yang tidak sedar kelebihan ini yang hanya didapati apabila mereka memperbaharui insurans kereta mereka melalui pengedar Honda yang diiktiraf.

Banyak kelebihan yang diberikan kepada pemilik kereta Honda. Rugi kalau tak ambil kesempatan ini!

Apakah kelebihan HIP yang diberikan kepada pemilik kereta Honda?

1. 100% alat gantian tulen

HIP menjamin semua penggantian alat dengan alat ganti tulin yang memiliki waranti selama 6 bulan atau 10,000 kilometer waranti servis. Tidak lagi perlu risau tentang alat ganti tiruan atau alat ganti terpakai.

 

2. Agreed value atau nilai dipersetujui sehingga 10 tahun

Bukan semua syarikat insurans dan pengendali takaful yang menawarkan polisi mengikut nilai dipersetujui. Tetapi bagi pemilik kereta Honda di bawah HIP, kereta anda diinsuranskan mengikut nilai dipersetujui selama 10 tahun. Di mana tahun pertama nilai dipersetujui mengikut harga asal (harga beli) dan kereta yang berusia 2 tahun hingga 10 tahun pula mengikut nilai yang disyorkan oleh penilaian ISM (Insurance Service Malaysia).

Untuk fahami lebih lanjut tentang kelebihan menginsuranskan kereta anda mengikut nilai dipersetujui, baca artikel ini.

 

3. Tiada kos betterment

HIP menjamin pemilik kereta Honda di bawah perlindungannya tidak dikenakan kos betterment sehingga 10 tahun! Berbeza dengan syarikat insurans lain yang mengenakan kos betterment seperti jadual di bawah:

 

4. Tiada ekses

HIP menjamin tiada ekses (melainkan ekses wajib) dikenakan berbeza dengan syarikat insurans dan pengendali takaful lain yang kebanyakannya mengenakan ekses berdasarkan usia dan model kereta, umur dan rekod tuntutan pemegang polisi. Ini bererti polisi insurans HIP anda akan mebayar balik 100% kos membaiki kereta anda akibat kemalangan.

 

5. Proses tuntutan yang pantas

Kelulusan bagi tuntutan kurang daripada RM20,000 akan diberikan dengan lebih pantas bagi kereta yang dibaiki di pusat Honda Authorised Body & Paint Centre.  Pihak pengedar akan memberikan bantuan dalam mengendali kes tuntutan dengan berhubung terus bersama pihak syarikat insurans.

 

Ada lagi? Banyak lagi sebenarnya…

  • Senarai panel syarikat insurans dan pengendali takaful yang ulung. HIP bergabung dengan syarikat insurans dan pengendali takaful yang dipercayai. Seperti Tokio Marine, Berjaya Sompo, Allianz, Liberty Insurance dan AIG bagi insurans konvensional, manakala bagi takaful pula adalah Zurich Takaful dan Etiqa Takaful.
  • 100% bayaran balik. HIP menawarkan 100% pembayaran balik kepada pemilik daripada jumlah sum insured (jumlah yang diinsuranskan) bagi tempoh 10 tahun pertama jika berlakunya total loss atau kecurian. Ini berlainan dengan syarikat insurans lain kebiasaannya cuma membayar setakat nilai pasaran kenderaan sewaktu kecelakaan berlaku
  • Bantuan kecemasan 24 jam. Perkhidmatan trak tunda 24 jam disediakan bagi keperluan kecemasan secara percuma bagi 450km (jumlah perjalan ualng alik bagi trak tunda). Perkhidmatan membaiki kereta di tempat kejadian juga disediakan tanpa kos buruh (sehingga RM200 bagi setiap kes) tidak termasuk alat ganti, bagi pertukaran tayar, pengisian minyak, dan jump-start atau penggantian bateri.

 

Bagaimana untuk mula nikmati keistimewaan ini?

  1. Hubungi mana-mana pengedar Honda yang diiktiraf yang juga panel bagi HIP; atau hubungi talian HIP 1800-18-1177.
  2. Minta sebutharga bagi insurans atau takaful kereta anda serta perlindungan tambahan yang anda kehendaki.
  3. Dapatkan polisi yang bersesuaian denagn keperluan anda dan mulakan perlindungan di bawah HIP!

 

Istilah dan penerangan berguna

Agreed value atau Nilai dipersetujui

Agreed value (nilai dipersetujui) adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga syarikat insurans terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Ini berlainan dengan market value (nilai pasaran) yang lebih kerap digunakan di mana jumlah dilindungi (sum insured) adalah mengikut harga pasaran kereta ketika pembaharuan polisi.

Penambahbaikan atau Betterment

Betterment terjadi apabila anda perlu menukar alat ganti yang rosak pada kereta anda akibat kemalangan. Keadaan ini menguntungkan anda kerana alat lama pada kereta anda akan diganti dengan alat yang baru. Di sinilah anda akan dikenakan kos betterment oleh kebanyakan syarikat insurans, di mana anda perlu menanggung perbezaan kos di antara alat baru dan alat lama. Semakin berusia kereta anda, semakin tinggi kos betterment yang dikenakan.

Ekses

Juga dikenali sebagai deduktibe adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung sebelum syarikat insurans membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan. Ekses wajib yang dikenakan oleh semua syarikat insurans ialah terhadap pemandu bukan dinamakan atau seseorang yang dinamakan yang berusia 21 tahun ke bawah, pemegang lesen memandu sementara (L) atau pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun. Bagi kes ini, ekses sebanyak RM400 dikenakan.

 

Nak fahami lebih lanjut mengenai Honda Insurance Package dan segala terma dan syarantnya, layari laman ini.

The post Untungnya Jadi Pemilik Kereta Honda! Kelebihan HIP Yang Perlu Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/untungnya-jadi-pemilik-kereta-honda-kelebihan-hip-yang-perlu-anda-ketahui/feed/ 5 36395
5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak https://ibanding.com.my/sebab-mengapa-tuntutan-takaful-kenderaan-anda-mungkin-ditolak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sebab-mengapa-tuntutan-takaful-kenderaan-anda-mungkin-ditolak https://ibanding.com.my/sebab-mengapa-tuntutan-takaful-kenderaan-anda-mungkin-ditolak/#comments Wed, 10 Jan 2018 00:00:27 +0000 https://ibanding.com.my/?p=35210 Tak ramai di antara kita yang mengambil inisiatif membaca dan fahami dengan teliti terma dan syarat yang tertakluk dalam polisi insurans atau takaful kenderaan kita. Sehinggalah sesuatu musibah berlaku, barulah kelam kabut memunggah laci mencari polisi. Tapi sudah baca pun masih tak faham. Jadi kami mudahkan kerja anda di sini dan terangkan sebab-sebab lazim mengapa...

The post 5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Tak ramai di antara kita yang mengambil inisiatif membaca dan fahami dengan teliti terma dan syarat yang tertakluk dalam polisi insurans atau takaful kenderaan kita. Sehinggalah sesuatu musibah berlaku, barulah kelam kabut memunggah laci mencari polisi. Tapi sudah baca pun masih tak faham.

Jadi kami mudahkan kerja anda di sini dan terangkan sebab-sebab lazim mengapa tuntutan takaful atau insurans kenderaan anda ditolak oleh syarikat insurans atau pengendali takaful.

 

 5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak

1. Pemandu tidak dinamakan/ Unnamed driver

Adakah kereta anda dipandu oleh pasangan anda, anak atau rakan anda ketika kemalangan berlaku? Tahukah anda, polisi insurans/ takaful anda hanya melindungi anda?

Tetapi ini tak bererti orang lain tak lagi boleh memandu kereta anda. Perlindungan yang sama boleh ditawarkan kepada orang lain dengan mendaftarkan mereka sebagai “named driver” di dalam polisi anda. Jadi jika kereta anda sering dipandu oleh orang lain selain anda, contohnya, anak, suami atau isteri, maka wajarlah mendaftarkan nama mereka.

Tapi jangan risau, jikalau kemalangan sudah berlaku dan pemandu bukanlah seorang named driver, anda masih boleh buat tuntuta. Anda hanya perlu membayar excess sebanyak RM400.

Di Malaysia, anda boleh masukkan dua nama ke dalam polisi kenderaan anda secara percuma. Nama-nama tambahan dikenakan RM10 seorang.

 

2. Tiada laporan polis

Jika anda tidak pasti tentang prosedur yang perlu diambil jika berlakunya kemalangan, anda boleh rujuk artikel ini.

Salah satu perkara yang paling kritikal perlu anda lakukan ialah melapurkan kemalangan tersebut kepada pihak polis trafik dalam masa 24 jam. Jangan sesekali terlepas pandang atau mengambil mudah langkah ni! Buruk padahnya. Kerana jika tiada laporan polis, atau laporan dibuat hanya setelah masa 24jam berlalu, tuntutan anda mungkin ditolak terus oleh pihak syarikat insurans.

Jadi jangan berlegah. Segera pergi ke balai polis sebaik sahaja kemalangan berlaku. Dan pastikan anda ke balai polis trafik!

 

3. Polisi anda tidak melindunginya

Ramai yang beranggapan memiliki insurans atau takaful sahaja sudah cukup untuk melindungi segala apa sahaja jenis kerosakan atau kemalangan. Tak tepat tu.

Misalnya anda memiliki Third Party atau Polisi Pihak Ketiga, polisi jenis ini tidak melindungi kos membaiki bagi KERETA ANDA SENDIRI! Fahamkan betul-betul. Memanglah premium perlindungan jenis ini mudah berbanding polisi komprehensif. Tetapi ia hanya menampung kos membaiki kereta milik pihak ketiga. Ini bererti jika berlaku kemalangan, walaupun bukan salah anda, seperti kes langgar lari katakan, pihak syarikat tidak akan membayar kos membaiki kereta anda.

Bagi polisi komprehensif pula, jangan berfikir yang anda selamat dari segala jenis kes. Contoh-contoh jenis kerosakan yang TIDAK dilindungi ialah:

  • kerosakan/ kerugian akibat rusuhan
  • kecurian aksessori
  • kerugian/ kerosakan akibat banjir
  • kecederaan atas diri sendiri (jadi pastikan anda miliki perlindungan kemalangan peribadi)

7 Situasi Malang yang Tidak Dilindungi Insurans Kenderaan Anda

Untuk fahami jenis-jenis perlindungan, rujuk artikel ini.

Fahami Insurans – Jenis-jenis Insurans Kenderaan

 

4. Kegagalan memenuhi syarat/ memberikan maklumat yang tepat

Ketika membuat pemharuan/ renewal, terutama sekali jika anda melakukannya dengan sendiri contohnya melalui online, pastikan anda memberikan maklumat yang 100 peratus tepat.

Dengan terlancarnya liberalisasi tarif insurans kenderaan pada Julai 2017, syarikat insurans dan takaful memerlukan lebih banyak maklumat sebelum dapat menentukan harga insurans kereta. Di antaranya: taraf perkahwinan, pekerjaan, ciri-ciri keselamatan kenderaan dan juga tempat meletak kereta.

Contohnya, tempat letak kereta persendirian yang dikawal rapi memiliki risiko kecurian lebih rendah berbanding tempat letak kereta awam yang terbuka. Jadi jika berlaku kecurian kerana maklumat yang anda berikan adalah tidak tepat dengan realiti, pihak syarikat berhak menolak tuntutan anda.

 

5. Memandu dalam keadaan mabuk

Memang ternyata ini melanggar undang-undang jalan raya. Bukan sekadar memandu dalam keadaan mabuk, tetapi juga dalam keadaan khayal akibat penyambilan substan seperti dadah. Jika anda terlibat dalam kemalangan ketika di dalam keadaan sedemikian, tuntutan insurans anda tidak akan dilayani. Malah anda mungkin akan dikenakan denda atau dihadapi ke mahkamah.

Berhati-hatilah, kerana walaupun anda pemandu cekap walaupun dalam keadaan mabuk, anda mungkin berkemalangan akibat pemandu lalai atau tidak berpengalaman.

 

Sebab-sebab lain yang wajar difikirkan adalah:

  • Penggunaan kenderaan peresendirian untuk tujuan perniagaan atau komersil. Jika anda terlibat dalam kemalangan contohnya ketika menghantar barangan perniagaan kepada pelanggan, jika diketahui pihak syarikat, mereka mempunyai hak untuk menolak tuntutan anda.
  • Under-insurance atau terkurang insurans. Ini tidak semestinya mengakibatkan penolakan tuntutan, tetapi anda mungkin hanya akan dapat menuntut jumlah yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya.

 

Tuntutan anda ditolak? Nak buat apa sekarang?

Jika anda berasakan anda telah dilayan secara tidak adil oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda, ketahui jika anda boleh melakukan rayuan. Jika masih tidak mendapat keputusan yang anda inginkan, anda boleh membawa aduan atau pertikaian anda ke PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia), Bank Negara Malaysia atau Ombudsman Financial Services. Untuk mengetahui apa tindakan yang boleh anda ambil, sila rujuk artikel ini.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sekiranya Tuntutan Takaful Ditolak

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang insurans atau takaful kenderaan anda, sila tujukan pertanyaan anda di sini.

Untuk mendapatkan nasihat dari pakar-pakar industri atau ingin mendapatkan ejen yang boleh dipercayai, sila layari direktori ejen di sini.

 

The post 5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/sebab-mengapa-tuntutan-takaful-kenderaan-anda-mungkin-ditolak/feed/ 84 35210
Panduan Kemalangan: Apa Perlu Anda Lakukan Ketika Kemalangan – Di Tempat Kejadian https://ibanding.com.my/panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian https://ibanding.com.my/panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian/#respond Wed, 27 Dec 2017 00:30:54 +0000 https://ibanding.com.my/?p=33829 Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi ini, langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kemalangan jalanraya mungkin dianggap mudah. Namun hakitkatnya, ia sebenarnya tidak sebegitu mudah. Ini adalah situasi dan keadaan yang berbeza-beza dari satu kejadian kepada yang lain. Dan walaupun anda mungkin fikir anda tahu apa yang perlu dilakukan sekarang, apabila menghadapi masalah...

The post Panduan Kemalangan: Apa Perlu Anda Lakukan Ketika Kemalangan – Di Tempat Kejadian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi ini, langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kemalangan jalanraya mungkin dianggap mudah. Namun hakitkatnya, ia sebenarnya tidak sebegitu mudah.

Ini adalah situasi dan keadaan yang berbeza-beza dari satu kejadian kepada yang lain. Dan walaupun anda mungkin fikir anda tahu apa yang perlu dilakukan sekarang, apabila menghadapi masalah sebenar, perkara mungkin menjadi agak berbeza.

Oleh itu, ianya penting bagi kita untuk memahami sepenuhnya langkah-langkah yang perlu diambil. Apa yang perlu anda lakukan di tempat kejadian? Bagaimana menghadapi pihak yang terlibat dan pengendali trak tunda di tempat kejadian? Apakah prosedur di balai polis dan cara memfailkan tuntutan insurans?

Untuk mencapai matlamat ini, kami di iBanding akan memecah seluruh prosedur ke dalam proses yang lebih ringkas supaya pembaca dapat memahami dengan lebih terperinci setiap langkah yang terlibat.

 

Bahagian 1: Apa yang perlu dilakukan di tempat kejadian

1. Tenangkan diri

Biasanya selepas kedengaran bunyi “bang”, reaksi pertama ialah PANIK! Tapi jangan. Anda perlu tenangkan diri dan kekal sopan sepanjang kejadian.

  • Kekal di dalam kereta jika anda dapati diri anda mula panik
  • Ambil beberapa nafas panjang dan dalam dan beritahu diri anda bahawa segalanya dalam keadaan terkawal
  • Apabila anda sudah bersedia (jangan terlalu lama), keluar dari kereta anda dan lihat sekeliling dan fahami apa yang berlaku
  • Anda mungkin akan didekati oleh pihak lain yang terlibat. Jangan panik, yakinkan diri
  • Jangan mengakui kesalahan (jika pun ianya memang kesalahan anda)
  • Elakkan dari membuat rundingan dengan pihak lain yang terlibat
  • Jangan bersetuju untuk menerima atau menawarkan penyelesaian, bincang terlebih dahulu dengan ejen insurans anda, syarikat insurans atau Pusat Bantuan Kemalangan (AACC) untuk mendapatkan nasihat
  • Jangan menandatangani apa-apa! Walaupun mereka mengatakan mereka dari syarikat insurans anda!

 

Cara untuk berurusan dengan pihak yang lain

Berurusan dengan pihak lain yang terlibat bukan perkara mudah. Anda tidak tahu apa yang diharapkan oleh mereka. Sesetengah orang tenang dan rasional. Sementara yang lain tidak begitu. Apapun keadaannya, ianya penting untuk kekal tenang. Bersikap sopan. Cuba elakkan pergaduhan, dan jangan pula mula menyalahkan orang lain.

Anda tidak perlu menjadi hakim dan memutuskan siapa yang salah dan siapa yang betul. Sekiranya anda mengetahui dengan pasti kemalangan itu adalah kesalahan anda, minta maaf, dan dengan tenang beritahu pihak yang terlibat bahawa anda akan membuat laporan polis dan yang terbaik adalah dia melakukan perkara yang sama.

INGAT! Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam dari kejadian!

 

Bagaimana jika pihak lain tidak bekerjasama dan melarikan diri?

Hubungi ejen insurans anda dan/ atau syarikat insurans anda dan dapatkan nasihat mereka mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya. Biasanya orang tidak akan melarikan diri dari tempat kejadian kecuali ianya jelas kesalahan mereka.

Jika anda berjaya mencatatkan nombor pendaftaran kereta mereka, anda akan dapat menuntut dari syarikat insurans mereka. Tapi proses kini menjadi  lebih sukar kerana mereka tidak bersedia untuk bekerjasama. Jadi dalam apa jua keadaan, pastikan bahawa anda dapatkan nombor pendaftaran kereta, dengan ini anda boleh memfailkan laporan polis. Syarikat insurans kereta anda akan mengendalikan kes itu dan ejen yang cekap dapat membantu anda.

 

2. Buat penilaian

Perhatikan tempat kejadian untuk memahami perkara berikut:

  • Apa sebenarnya yang telah berlaku?
  • Siapakah yang terlibat?
  • Berapa banyak kereta yang kemalangan?
  • Siapa yang langgar siapa?

Cuba juga untuk melihat sama ada sesiapa telah melakukan sebarang kesalahan trafik yang mungkin mengakibatkan kemalangan itu. Seperti memotong di kawasan double line, atau membuat pusingan-U yang menyalahi undang-undang.

 

3. Ambil maklumat dan keterangan

Kumpulkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh, tetapi beberapa perkara yang penting adalah seperti berikut:

  • Tarikh dan masa kejadian
  • Nama-nama pihak yang terlibat
  • Nombor IC mereka
  • Nombor telefon
  • Lesen memandu
  • Nombor pendaftaran kereta setiap pihak

Dengan hampir semua orang yang memiliki telefon bimbit pada hari ini, ianya mudah untuk mengambil gambar sebagai bukti. Ambil gambar yang diperlukan kemudian gerakkan kereta anda ke tepi jalan segera jika ia menghalang aliran lalu lintas.

Anda mungkin mahu mengambil gambar tempat kejadian, lokasi, kedudukan kereta dan maklumat berguna yang lain. Maklumat ini boleh digunakan sebagai bukti untuk menentukan siapa yang bersalah. Jadi anda perlu mengambil masa anda untuk melihat dengan tenang. Jangan gopoh.

 

4. Hubungi ejen insurans anda atau talian bantuan syarikat insurans

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin mahu hubungi ejen insurans atau syarikat insurans anda:

  • Anda mungkin masih berada dalam keadaan terkejut, bercakap dengan seseorang yang berada di pihak anda boleh membantu untuk menenangkan anda.
  • Terangkan apa yang telah berlaku dan dapatkan nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya.
  • Tanya ejen / syarikat insurans anda bagi perkhidmatan trak tunda panel untuk digunakan dan bengkel terdekat. Biasanya talian bantuan insurans anda akan dapat menghantar trak tunda ke tempat kejadian untuk membantu anda menunda kereta anda ke bengkel panel.

 

5. Trak tunda

Sekarang dengan tiba-tiba anda akan melihat trak-trak tunda di tempat kejadian, dan mereka pula cuba meyakinkan semua orang yang terlibat, termasuk anda, bahawa mereka boleh membawa kereta anda ke bengkel yang berdekatan. Sekali lagi, kekal tenang.

Di Malaysia ni, syarikat-syarikat trak tunda suka memaksa terutama mereka yang dalam keadaan terdesak setelah kemalangan. Dan di bandar-bandar seperti KL, mereka akan muncul di tempat kejadian dengan pantas. Tak memberi peluang kepada mangsa kemalangan untuk berfikir panjang.

Sering mangsa kemalangan ditipu oleh operator trak tunda yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang telah berkemalangan. Pernah menjadi kes di mana mereka bukan sahaja menipu wang mangsa sebanyak beribu-ribu ringgit tetapi juga mengancam nyawa mangsa.

Jadi anda perlu berhati-hati apabila berurusan dengan pengendali trak tunda ini. Pastikan anda tidak menjadi mangsa seterusnya. Sila baca artikel seterusnya tentang bagaimana menangani pengendali trak tunda dan apakah langkah seterusnya yang perlu anda ambil selepas kemalangan.

Good luck pembaca!

 

 

Jangan lupa untuk “Like ” laman Facebook kami untuk mendapatkan artikel terbaru kami setiap minggu!

The post Panduan Kemalangan: Apa Perlu Anda Lakukan Ketika Kemalangan – Di Tempat Kejadian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian/feed/ 0 33829
Banding dan Jimat Sehingga 24% Harga Insurans Kereta 2017 Setelah Pemansuhan Tarif https://ibanding.com.my/banding-dan-jimat-sehingga-24-harga-insurans-kereta-setelah-pemansuhan-tarif-2017/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=banding-dan-jimat-sehingga-24-harga-insurans-kereta-setelah-pemansuhan-tarif-2017 https://ibanding.com.my/banding-dan-jimat-sehingga-24-harga-insurans-kereta-setelah-pemansuhan-tarif-2017/#respond Wed, 01 Nov 2017 08:39:50 +0000 https://ibanding.com.my/?p=31096 The post Banding dan Jimat Sehingga 24% Harga Insurans Kereta 2017 Setelah Pemansuhan Tarif appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Kini sudah pun masuk bulan ke-4 semenjak pemansuhan tarif insurans kenderaan atau liberalisasi tarif insurans yang dilaksanakan pada 1hb. Julai tahun ini. Kami di iBanding sekali lagi telah membuat perbandingan harga insurans kereta untuk mengetahui perubahan pada harga dengan terlaksananya sistem ini. Jika anda masih ingat, perbandingan sebelum ini dibuat pada pertengahan bulan Julai di mana tiada perubahan didapati.

Kali ini kami membandingkan harga daripada 7 buah syarikat insurans dan takaful bagi polisi kereta komprehensif. Mereka adalah:

  • Takaful Ikhlas
  • Syarikat Takaful Malaysia
  • Berjaya Sompo
  • Etiqa Insurance
  • AmGeneral & Kurnia
  • AXA Affin
  • Liberty

Perbaharui insurans kenderaan anda di talian bersama iBanding

Selain Liberty, kami telah mendapatkan sebutharga daripada platform online syarikat masing-masing. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut.

  • Nombor IC pemilik polisi
  • Jenama dan model kenderaan
  • Tahun
  • Nombor pendaftaraan kereta
  • No Claims Discount (NCD)

NCD boleh didapati dari MyCarInfo di sini

 

Perbandingan

Kami membandingkan harga insurans bagi polisi komprehensif untuk sebuah kereta jenama Peugeot tahun 2013, model 208 dengan NCD sebanyak 55%. Pemilik kereta seorang lelaki berumur 41 tahun.

Menurut MyCarInfo, harga pasaran kereta tersebut ialah RM 38,200. Harga pasaran ini digunakan sebagai Sum Insured iaitu jumlah yang diinsuranskan bagi polisi kenderaan tersebut.

harga insurans kereta 2017

Berikut adalah Sum Insured yang disyorkan oleh setiap syarikat dan sebutharga yang dikeluarkan oleh syarikat masing-masing.

*Sum insured lebih tinggi berbanding yang lain

 

Keputusan Perbanding Harga Insurans Kereta 2017

Keputusan kami di atas berbeza berbanding perbandingan yang kami lakukan 3 bulan lalu di mana kesemua enam syarikat (Liberty tidak termasuk dalam perbandingan) memberikan harga yang sama.

Kerana perbandingan lalu dijalankan hanya beberapa minggu setelah pemansuhan tarif, kami putusan bahawa syarikat-syarikat yang termasuk dalam latihan perbandingan ini masih belum lagi melaksanaankan kaedah baru bagi pengiraan harga produk insurans mereka.

Tetapi kali ini berbeza, jelas sekali syarikat insurans dan takaful rata-rata sudah pun mula menggunakan kaedah pengiraan harga yang berasaskan profil risiko pengguna. Untuk keterangan lanjut tentang profil risiko pemandu, lihat infografik menarik di sini: Infografik – Harga Insurans Kereta Anda Bergantung Kepada Sikap Anda Sebagai Pemandu

harga insurans kereta

 

Perbezaan yang agak ketara boleh dilihat pada harga yang ditawarkan oleh Syarikat Takaful Malaysia yang terendah di kalangan syarikat yang dibandingkan. Manakala Etiqa and AmGeneral adalah yang tertinggi yang juga disebabkan oleh sum insured yang lebih tinggi berbanding syarikat lain.

Berdasarkan harga yang ditunjukkan di atas, penjimatan sebanyak 24% boleh diperolehi jika dibanding harga tertinggi dengan harga yang terendah. Akan tetapi, perhatian perlu diberi pada sum insured yang berbeza.

 

Mengapa Sum Insured penting?

Sum insured di dalam gambarajah di atas adalah nilai yang disyorkan oleh syarikat insurans dan takaful masing-masing ketika permintaan harga insurans kereta dibuat. Etiqa dan AmGeneral/ Kurnia di sini mengesyorkna harga yang berbeza yang lebih tinggi berbanding syarikat lain. Salah satu faktor utama yang menentukan harga insurans kereta adalah sum insured. Lebih tinggi nilaui sum insured lebih tinggi harga insurans.

 

Kesudahan

Kebanyakan syarikat insurans dan takaful sudah pun mula menentukan harga sendiri bagi produk masing-masing. Perubahan dari segi harga berbanding sebelum terlaksananya liberalisasi tarif mengikut syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu di antara 10%.

Kerana terdapatnya pemansuhan tarif, sesetengah syarikat mungkin menurunkan harga berbanding sebelumnya manakala syarikat lain pula mengalami kenaikan harga. Jadi terpulanglah kepada pengguna untuk pandai-pandai membandingkan harga.

 

Berikut adalah screen shot sebutharga dari syarikat insurans dan takaful yang dibandingkan.

Takaful Ikhlas

Syarikat Takaful Malaysia

 

Berjaya Sompo

harga insurans kereta 2017

 

Etiqa Insurance

AmGeneral & Kurnia

 

AXA Affin

The post Banding dan Jimat Sehingga 24% Harga Insurans Kereta 2017 Setelah Pemansuhan Tarif appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/banding-dan-jimat-sehingga-24-harga-insurans-kereta-setelah-pemansuhan-tarif-2017/feed/ 0 31096
Katsana tandatangani MOU bersama 3 buah syarikat insurans untuk kembangkan insurans berasaskan penggunaan https://ibanding.com.my/katsana-tandatangani-mou-bersama-3-buah-syarikat-insurans/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=katsana-tandatangani-mou-bersama-3-buah-syarikat-insurans https://ibanding.com.my/katsana-tandatangani-mou-bersama-3-buah-syarikat-insurans/#respond Tue, 03 Oct 2017 02:19:59 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30603 Pixelated Sdn. Bhd. (Katsana) sebuah syarikat data telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama beberapa syarikat insurans dan Takaful pada awal bulan lepas untuk membangunkan produk insurans kenderaan berasaskan penggunaan. Dalam usaha sama ini, Katsana yang memfokuskan kepada insurans kenderaan berasaskan penggunaan kini akan menyediakan platform kepada Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad dan Etiqa Takaful Berhad bagi...

The post Katsana tandatangani MOU bersama 3 buah syarikat insurans untuk kembangkan insurans berasaskan penggunaan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Pixelated Sdn. Bhd. (Katsana) sebuah syarikat data telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama beberapa syarikat insurans dan Takaful pada awal bulan lepas untuk membangunkan produk insurans kenderaan berasaskan penggunaan.

Dalam usaha sama ini, Katsana yang memfokuskan kepada insurans kenderaan berasaskan penggunaan kini akan menyediakan platform kepada Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad dan Etiqa Takaful Berhad bagi membolehkan mereka memperkenalkan produk sebegini kepada pelanggan mereka.

Dalam masa yang sama juga, ketiga-tiga buah syarikat insurans dan Takaful ini akan bekerja sama dengan Katsana untuk memajukan lagi serta mempromosikan aplikasi telematiknya – DriveMark, iaitu satu aplikasi yang membolehkan pengumpulan data seperti tabiat pemanduan pengguna.

 

DriveMark – aplikasi menjejaki tingkah laku pemandu

Data yang dikumpulkan oleh aplikasi DriveMark yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit melalui pergerakan kenderaan akan dihantar ke platform Katsana untuk diproses.

Ini membolehkan syarikat insurans yang bekerja sama dengan Katsana untuk menyediakan produk insurans kenderaan berasaskan penggunaan yang lebih bersesuaian.

Pada masa yang sama, pemandu yang memiliki aplikasi DriveMark menilai tabiat pemanduan sendiri dan mengenal pasti corak yang berisiko.

 

Pada bulan Julai tahun ini, AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) telah pun memlancarkan produk insurans telematik yang pertama di Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila baca artikel ini.

 

 

The post Katsana tandatangani MOU bersama 3 buah syarikat insurans untuk kembangkan insurans berasaskan penggunaan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/katsana-tandatangani-mou-bersama-3-buah-syarikat-insurans/feed/ 0 30603
Kereta rosak akibat banjir? Adakah anda dilindungi insurans? https://ibanding.com.my/kereta-rosak-akibat-banjir-adakah-anda-dilindungi-insurans/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kereta-rosak-akibat-banjir-adakah-anda-dilindungi-insurans https://ibanding.com.my/kereta-rosak-akibat-banjir-adakah-anda-dilindungi-insurans/#respond Mon, 18 Sep 2017 01:00:19 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30307   Banjir di Pulau Pinang minggu lepas disebabkan hujan yang turun sebanyak 270 milimeter dalam masa yang singkat. Ini merupakan catatan bacaan tertinggi di dalam sejarah negeri itu. Mernurut laporan The Malaysian Insight, air pasang di sebahagian kawasan yang terlibat setinggi 1.8 meter ke 2.1 meter menyebabkan banjir kilat. Selain kerosakan yang dialami pada perabot...

The post Kereta rosak akibat banjir? Adakah anda dilindungi insurans? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
 

Banjir di Pulau Pinang minggu lepas disebabkan hujan yang turun sebanyak 270 milimeter dalam masa yang singkat. Ini merupakan catatan bacaan tertinggi di dalam sejarah negeri itu.

Mernurut laporan The Malaysian Insight, air pasang di sebahagian kawasan yang terlibat setinggi 1.8 meter ke 2.1 meter menyebabkan banjir kilat.

Selain kerosakan yang dialami pada perabot dan peralatan elektronik akibat air yang masuk ke dalam rumah, penduduk sebahagian negeri itu juga menanggung kerosakan pada kenderaan mereka.

Adakah kenderaan anda dilindungi insurans?

Mungkin ramai mangsa banjir tertanya jika mereka dapat membuat tuntutan ke atas kerosakan kenderaan mereka.

Pada amnya, polisi pihak ketiga mahupun komprehensif tidak melindungi kenderaan anda terhadap risiko banjir. Ini bererti anda tidak dapat menuntut kerugian ke atas kerosakan kereta atau motosikal kerana memasuki air. Tuntutan juga tidak boleh dibuat jika kenderaan hilang dihanyut air.

Akan tetapi, perlindungan tambahan boleh dibeli untuk tujuan ini. Perlindungan “peril khas” bukan sahaja akan memberi pampasan terhadap kerosakan dan kehilangan kenderaan akibat banjir, tetapi juga melindungi kenderaan anda dari bencana lain seperti ribut taufan, gempa bumi dan tanah runtuh.

Perlindungan ini boleh didapati ketika pembaharuan polisi insurans komprehensif kenderaan. Bayaran bagi perlindungan tambahan ini adalah sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan.

 

Banjir bukanlah satu-satunya risiko yang tidak dilindungi polisi asas. Ketahui jenis-jenis risiko lain yang juga tidak dilindungi insurans kenderaan anda. Sambung baca.

Untuk memahami jenis-jenis perlindungan tambahan yang boleh dimiliki, baca artikel ini.

 

 

 

The post Kereta rosak akibat banjir? Adakah anda dilindungi insurans? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/kereta-rosak-akibat-banjir-adakah-anda-dilindungi-insurans/feed/ 0 30307
Panduan Memperbaharui Cukai Jalan di Talian untuk Pemandu Malaysia https://ibanding.com.my/panduan-memperbaharui-cukai-jalan-di-talian-untuk-pemandu-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=panduan-memperbaharui-cukai-jalan-di-talian-untuk-pemandu-malaysia https://ibanding.com.my/panduan-memperbaharui-cukai-jalan-di-talian-untuk-pemandu-malaysia/#respond Wed, 30 Aug 2017 03:55:03 +0000 http://35.187.229.154/?p=29459 Semakin ramai pengguna Malaysia yang kini memilih untuk membeli secara online (atau di talian). Manakan tidak, ia lebih mudah daripada perlu keluar, sama ada naik bas, taxi atau MRT, atau memandu kenderaan sendiri, tersangkut dalam jam dan buang masa cari tempat letak kereta yang berhampiran. Di zaman ini, segala macam barangan boleh didapati di talian,...

The post Panduan Memperbaharui Cukai Jalan di Talian untuk Pemandu Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Semakin ramai pengguna Malaysia yang kini memilih untuk membeli secara online (atau di talian). Manakan tidak, ia lebih mudah daripada perlu keluar, sama ada naik bas, taxi atau MRT, atau memandu kenderaan sendiri, tersangkut dalam jam dan buang masa cari tempat letak kereta yang berhampiran.

Di zaman ini, segala macam barangan boleh didapati di talian, termasuklak cukai jalan dan insurans kenderaan. Jika anda ingin tahu bagaimana hendak membeli atau memperbaharui insurans kereta anda di talian dengan mudah dan murah, sila baca artikel ini.

Jika anda ingin ketahui bagaimana cara untuk perbaharui cukai jalan, ini panduan yang mudah untuk diikuti.

renew cukai jalan

Panduan perbaharui cukai jalan di talian

1. Layari laman sesawang Myeg di: https://www.myeg.com.my

Untuk membeli cukai jalan, anda perlu terlebih dahulu mendaftarkan akaun anda. Mudah sahaja caranya.

*Penting: Untuk meneruskan proses seterusnya bagi memperbaharui/ membeli cukai jalan, anda perlu memiliki insurans kenderaan yang sah. Jadi pastikan yang anda sudah pun memperbaharui insurans anda terlebih dahulu.

 

2. Pilih JPJ – Jabatan Pengangkutan Jalan

Pilih JPJ – Jabatan Pengangkutan Jalan

 

3. Pilih Baharui Cukai Jalan

Pilih Baharui Cukai Jalan

 

4. Isikan maklumat

Masukkan maklumat pemilik dan kenderaan.

Jika anda tidak ingin mendapatkan promosi pasaran daripada Myeg, kami nasihatkan agar anda biarkan petak kecil di bawah (I agree to receive calls from MyEG Services for other related products) tidak bertanda.

 

Masukkan maklumat pemilik dan kenderaan

 

5. Pilih cara pungutan

Anda boleh pilih untuk pungut sendiri cukai jalan yang telah siap atau anda boleh pilih supaya ianya dihantar ke alamat anda. Malangnya, untuk pungutan sendiri, ianya hanya boleh dibuat di Myeg cawangan Bandar Utama.

 

6. Maklumat penghantaran

memperbaharui cukai jalan di talian

 

7. Bayaran penghantaran

memperbaharui cukai jalan di talian

 

8. Bayaran

Akhirnya, anda boleh membuat bayaran di talian melalui kad kredit atau pindahan bank. Bayaran termasuk untuk cukai jalan itu sendiri, yuran perkhidmatan dan yuran penghantaran.

Anda akan menerima resit e-Perkhidmatan setelah transaksi pembayaran anda berjaya. Anda dinasihatkan agar mencetak dan menyimpan resit ini untuk rujukan.

Keseluruhan prosesnya agak ringkas. Walau bagaimanapun, kami ketemui satu kerumitan ketika memperbaharui cukai jalan kami di mana sistem memberitahu bahawa kami tidak memiliki insurans yang sah walhal kami telah pun memperbaharui insurans kami sejam sebelum itu.

Jadi nasihat kami, jika anda melalui kerumitan yang sama, tunggu beberapa jam atau cuba lagi keesokan hari. Jika anda mempunyai masalah dengan proses ini, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan Myeg di nombor telefon 03-7801 8888. Walau bagaimanapun mereka hanya beroperasi dari Isnin ke Jumaat antara jam 9.00 pagi ke 6.00 petang. Jadi untuk kesenangan anda, jangan tunggu hingga saat terakhir untuk renew cukai jalan dan insurans ya!

 

Maklumat lain yang berguna

Myeg juga menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans kenderaan di talian Kedua-duanya boleh dilakukan di portal yang sama menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan. Akan tetapi, pengguna perlu ingat bahawa Myeg adalah ejen berdaftar yang sah jadi tiada diskaun 10% diterima jika memberi insurans melalui Myeg.
Untuk mengetahui tentang kelebihan dan kelemahan pembelian insurans melalui Myeg di talian, rujuk panduan yang komprehensif ini di ibanding.my.

 

 

The post Panduan Memperbaharui Cukai Jalan di Talian untuk Pemandu Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/panduan-memperbaharui-cukai-jalan-di-talian-untuk-pemandu-malaysia/feed/ 0 29459
Grab dan Uber sah di sisi undang-undang https://ibanding.com.my/grab-dan-uber-sah-di-sisi-undang-undang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=grab-dan-uber-sah-di-sisi-undang-undang https://ibanding.com.my/grab-dan-uber-sah-di-sisi-undang-undang/#respond Mon, 31 Jul 2017 00:14:14 +0000 https://ibanding.com.my/?p=28935 Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Pindaan) 2017 yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas menjadikan perkhidmatan teksi e-hailing sah di sisi undang-undang. Dengan terlaksananya rang undang-undang tersebut, operator perkhidmatan seperti Grab dan Uber serta pemandu-pemandu akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi...

The post Grab dan Uber sah di sisi undang-undang appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Pindaan) 2017 yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas menjadikan perkhidmatan teksi e-hailing sah di sisi undang-undang.

Dengan terlaksananya rang undang-undang tersebut, operator perkhidmatan seperti Grab dan Uber serta pemandu-pemandu akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi negeri Sabah dan Sarawak.

“Syarat-syarat yang dikenakan kepada pemandu teksi pada waktu ini seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu akan turut dipatuhi oleh pemandu-pemandu perkhidmatan e-hailing,” kata Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Kita mahu menguatkuasakan serta-merta tetapi kita perlu mengambil kira semua perkara untuk menyelaraskannya yang dianggarkan boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun,” katanya lagi.

The post Grab dan Uber sah di sisi undang-undang appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/grab-dan-uber-sah-di-sisi-undang-undang/feed/ 0 28935